fbpx
Now Reading
Calon BN Untuk PRU15 Didakwa Tak Habis Belajar, Netizen Dedah Selepas Dapat Pengesahan Dari Universiti Di Indonesia

Calon BN Untuk PRU15 Didakwa Tak Habis Belajar, Netizen Dedah Selepas Dapat Pengesahan Dari Universiti Di Indonesia

Buzzkini dalam masa sama juga sudah cuba untuk menghubungi calon BN tersebut menerusi akaun media sosialnya, namun setakat ini belum menerima apa-apa maklum balas daripada beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi ini tular di Facebook satu perkongsian oleh seorang wanita yang mendakwa sudah berjaya mendapat pengesahan bahawa calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pengkalan Chepa (P.20), Dr Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin bukanlah seorang doktor.

Lebih mengejutkan apabila pemilik akaun, Liyana Marzuki ini mendakwa sijil perubatan milik Dr Hafiz juga adalah palsu dan beliau tidak menghabiskan pengajiannya di Universitas Gadjah Mada seperti yang didakwa.

Menurut Liyana, dia membuat pendedahan itu selepas mendapat pengesahan dari pihak universiti yang mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu surat rasmi yang dibalas ke e-mel miliknya.

“Semalam, melalui dada akhbar, calon Barisan Nasional Pengkalan Chepa telah mengatakan pihak universiti telah mengesahkan sijil pelajaran beliau adalah sah. Namun, penyataan tersebut tidak disertakan apa-apa bukti atau penyataan khas dari pihak Universiti. Setakat ini hanya hearsay atau cakap-cakap kosong daripada beliau.

“Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti Gadjah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya. Ia mengatakan Calon BN ini bukan merupakan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu. Surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian,” tulis Liyana di Facebook.

Berserta dengan hantaran tersebut, Liyana yang dipercayai bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara turut melampirkan bukti surat rasmi yang diterimanya dari pihak universiti.

Bagi menguatkan dakwaannya, Liyana turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan e-mel di antaran dia dan pihak universiti terbabit.

Semakan di pangkalan data kementerian sahkan Dr Hafiz tidak tamat pengajian

Dakwa wanita ini lagi, dia juga sudah melakukan semakan di pangkalan data Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia yang mengesahkan bahawa status calon Parlimen Pengkalan Chepa ini adalah belum lulus pengajian.

Sehubungan itu dia yang juga bekas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menggesa Dr Hafiz agar membuat pengakuan kepada kepada orang ramai dalam tempoh 24 jam atau dia akan membuat laporan polis selain bertindak mengambil tindakan undang-udang terhadapnya.

“Saya juga telah menyemak kembali database Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia, ia juga merekodkan calon ini BELUM LULUS pengajian. Boleh semak sendiri melalui link di sediakan. Dengan ini, saya menggesa calon ini agar berterus terang kepada rakyat dalam masa 24 jam. Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh masa tersebut, saya akan meneruskan melalui laporan polis dan peguam saya akan mengambil tindakan selajutnya untuk menyaman beliau.”

Liyana Marzuki

BACA ARTIKEL BERKAITAN: KKM Akan Siasat Calon PRU15 Guna Gelaran Doktor Tanpa Memiliki Sijil Tauliah MMC

Semakan kami di pangkalan data tersebut turut menemui maklumat seorang individu bernama Mohd Hafiezulniezam dari Universitas Gadjah Mada yang status mahasiswanya adalah ‘Belum Lulus”.

Buzzkini dalam masa sama juga sudah cuba untuk menghubungi Dr Hafiz menerusi akaun media sosialnya, namun setakat ini belum menerima apa-apa maklum balas daripada beliau.

Kami akan mengemaskini artikel ini sebaik mendapat sebarang maklum balas dari beliau.

Terdahulu Dr Hafiz sudah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan yang beliau tidak layak menggunakan gelaran doktor yang disifatkannya sebagai satu fitnah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.