fbpx
Now Reading
“Kenapa Dayus Pula?” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Suami Benarkan Isteri Bersalin Dengan Doktor Lelaki [Video]

“Kenapa Dayus Pula?” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Suami Benarkan Isteri Bersalin Dengan Doktor Lelaki [Video]

Menurut UAI, hukum dalam bidang perubatan ada kalanya berubah mengikut keadaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu media sosial hangat memperkatakan mengenai seorang pendakwah wanita yang menggelarkan golongan suami sebagai dayus sekiranya membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi mereka.

Perbuatannya bukan sahaja mendapat perhatian pengguna media sosial, malah turut menarik perhatian ramai pengamal perubatan baik doktor mahupun jururawat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Dikecam, Label Suami Dayus Jika Biar Isteri Bersalin Disambut Doktor Lelaki [Video]

Rata-rata mengecam pendapat yang diutarakan wanita berkenaan memandangkan bukan semua wanita bersalin dapat memilih jantina doktor yang dimahukan mereka lebih-lebih lagi jika menggunakan khidmat hospital kerajaan.

Sehubungan itu, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut selepas ditanya oleh seorang jemaah yang hadir majlis kuliah di Masjid Al-Islah, Kampong Limbongan, Besut Terengganu.

Menurut UAI, hukum dalam bidang perubatan ada kalanya berubah mengikut keadaan. Meskipun secara asasnya seseorang itu perlu dirawat oleh orang yang sama jantina dengannya atas faktor aurat.

Ia bagaimapun boleh berubah jika keadaan pada itu agak getir khususnya situasi yang melibatkan nyawa.

“Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk kepada situasi yang tidak boleh membuat pilihan, bukan sengaja dan tidak berlebih-lebihan, tidak berdosa’.

“Haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri.

“Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh,” kata beliau.

Suami tidak dayus jika tiada pilihan

Tambah beliau lagi, seseorang suami itu tidaklah dayus sekiranya tiada pilihan lain sewaktu isteri hendak melahirkan anak.

“Jika berkait dengan nyawa, iaitu ibu dan anak dalam kandungan, maka oleh kerana tidak ada doktor perempuan, maka tidak berdosa doktor lelaki menyambut kelahiran. Kenapa pergi cakap suami dayus pula? Tak haram,” kata beliau lagi.

Beliau dalam masa sama turut menjelaskan hukum seorang doktor lelaki menyambut ibu bersalin juga adalah harus sekiranya tiada pilihan (jika bersalin di hospital kerajaan).

Ini kerana hanya golongan berkemampuan sahaja yang mampu bersalin di hospital swasta dek kerana kosnya yang agak tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM10,000.

Tonton video penuh di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.