fbpx
Now Reading
Robert Kuok Tersenarai Dalam 100 Individu Terkaya Di Dunia
Robert Kuok

Robert Kuok Tersenarai Dalam 100 Individu Terkaya Di Dunia

Menerusi senarai yang dikeluarkan oleh Bloomberg Billionaires Index, tokoh usahawan itu berada di tangga ke-98 dengan nilai kekayaan sebanyak RM71 bilion.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan gula dan lelaki terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok terus mencipta kejayaan apabila tersenarai sebagai Top 100 individu terkaya di dunia mengikut Bloomberg Billionaires Index, dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$15.1 bilion (RM71 bilion).

Menurut senarai Bloomberg Billionaires Index, yang merupakan senarai harian manusia paling kaya di dunia Robert Kuok kini berada di kedudukan ke-98.

Malah menerusi senarai ini juga dapat dilihat beberapa analisa jumlah kekayaan yang dimiliki dan akan dikemaskini pada setiap hari dagangan di New York.

Kekayaan susut sebanyak RM15 bilion

Memetik laporan Berita Harian, nilai kekayaan usahawan itu bagaimanapun merekodkan penyusutan sebanyak AS$3.18 billion (RM15 bilion) pada tahun ini.

Selain Robert Kuok antara rakyat Malaysia yang turut disenaraikan sebagai 500 manusia paling kaya ialah pengasas Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, yang berada di tangga ke-336 dengan kekayaan sebanyak AS$6.43 bilion (RM30.5 bilion).

Bukan hanya Robert tetapi kekayaan Hong Piow juga turut menyusut sejumlah AS$808 juta (RM 3.8 bilion) pada tahun ini.

Elon Musk berada di kedudukan tertinggi

Manakala individu yang terus kekal di tempat pertama dalam senarai itu adalah Elon Musk, yang memilki kekayaan sebanyak AS$183 bilion (RM867 bilion)

Bagaimanapun, Musk yang juga pengasas kepada syarikat Tesla turut menyusut sebanyak A$80.4 bilion (RM380 bilion) pada tahun ini.

Bagi tempat kedua pula jatuh kepada Bernard Arnault iaitu pengasas Louis Vuitton SE yang melakukan perniagaan barangan mewah mempunyai kekayaan bernilai AS$143 bilion (RM677 bilion).

Gautami Adani pula telah menjadi individu ke-3 yang terkaya di Asia dengan jumlah kekayaan ketika ini meningkat sebanyak AS$59 bilion (RM279 bilion) kepada AS$136 bilion (RM644 bilion).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.