Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Kejadian ragut di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi, ia kerap terjadi di kawasan yang sunyi atau tempat yang gelap pada waktu malam.
Namun tidak kira di mana, kita haruslah sentiasa berwaspada dengan keadaan di sekeliling walapun ketika berada di kawasan terbuka dan ramai orang.
Wanita diragut ketika jalan raya sesak
Hal ini susulan tular satu rakaman yang menunjukkan seorang wanita yang diragut oleh penunggang motosikal ketika jalan raya sedang sesak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok @alamwakaka, kelihatan seorang penunggang motosikal menghampiri kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru sebelum bertindak mengambil beg tangan penumpang hadapan kereta tersebut.