fbpx
Now Reading
Wanita Terperangkap Dalam Bank Hampir 6 Jam Raih Perhatian Ramai [Video]
wanita terkurung dalam bank

Wanita Terperangkap Dalam Bank Hampir 6 Jam Raih Perhatian Ramai [Video]

Kelihatan wanita tersebut kemudian menangis kerana berasa takut apabila terkunci di dalam bank itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di zaman teknologi kini ramai yang gemar menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran ketika membeli sesuatu barangan.

Namun begitu, masih ada segelintir yang memilih untuk menggunakan wang secara tunai di mana ia perlu dikeluarkan di mesin ATM.

Wanita terkunci dalam bank raih perhatian ramai

Baru-baru ini, tular video di TikTok dikongsikan oleh @Chahadah55 memaparkan keadaan seorang wanita yang terkunci di sebuah bank semasa sedang mengeluarkan duit sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kedengaran wanita yang terkunci itu seperti menangis kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk keluar dari premis berkenaan.

Rasa takut dan tak tahu apa perlu buat untuk keluar

Dia kemudian bertanya kepada rakannya yang berada di luar premis tersebut apa yang harus dilakukan kerana berasa takut.

Tidak lama kemudian kelihatan dia menangis sambil bercakap telefon mungkin sedang meminta pertolongan daripada pihak tertentu untuk mengeluarkannya dari bangunan terbabit.

Melihat di ruangan komen, ada yang berkata bahawa pintu bank itu akan tutup secara automatik apabila tepat jam 12 tengah malam.

Dia kemudian menjawab bahawa sebelum perkara itu terjadi dia terpaksa ke bank itu kerana mahu memakai duit dan mengakui kejadian itu membuatkan dirinya trauma.

Terpaksa tidur dalam bank sehingga jam 6 pagi

Dalam satu lagi video yang di muat naik, wanita itu menyatakan bahawa dia terpaksa bermalam di premis berkenaan sehingga jam 6 pagi kerana pintu itu tidak dibuka.

@chahadah55

Membalas kepada @filafotografia akhirnya terpaksa tido sampai pukul 6 pagi wak😭😭

♬ bunyi asal – @Syuu—. – @Syuu—.

Meninjau di ruangan komen ramai yang terhibur dengan situasi tersebut dan tidak kurang juga ada yang memberi cadangan untuk menekan butang tertentu agar pintu terbuka.

‘Pernah kena dulu, ada butang dekat tepi tu aku tekan terus buka’

‘Pernah terjadi baru 2 hari lepas’

‘Aku nak kesian ke nak gelak pun aku tak tahu ni’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.