Hampir Setahun Lebih Hilang, Wanita Ini Tak Sangka Kucing Masih Ingat Padanya [Video]
Menurut wanita itu, dia tidak menyangka walaupun kucing itu telah hilang selama setahun lebih tetapi haiwan itu masih mengenalinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kucing merupakan haiwan yang sering mendapat tempat istimewa di hati orang ramai khususnya pada ‘pencinta kucing’.
Telatah yang comel dan menghiburkan juga sering membuatkan si pencinta kucing senang dengan kehadiran mereka.
Malah bagi pencinta kucing mereka juga sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi memastikan kebajikan dan kesihatan haiwan peliharaan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, jika terjadi sesuatu perkara buruk kepada haiwan kesayangan mereka sudah tentu ia akan membuatkan si pencinta kucing tidak keruan kerana bimbang akan keadaan si comel.
Wanita jumpa semula haiwan lepas setahun lebih hilang
Perkara ini samalah seperti video yang tular sekitar September lalu memaparkan seorang wanita telah berjumpa semula dengan kucing peliharaanya selepas hilang selama setahun lebih.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ferrerorocherinfridge, wanita itu menjelaskan kucing yang diberi nama Pandora itu pada awalnya telah dijumpai oleh seseorang. Individu itu kemudian bertanya adakah ia adalah haiwan yang dicari olehnya selama ini.
Dia kemudian pergi kawasan tersebut tetapi sebaik sahaja melihat orang yang tidak di kenali haiwan itu segera bersembunyi kerana berasa takut.
Namun apabila wanita itu mula memanggil namanya dia kemudian datang dan bermanja-manja dengannya.
Takut pada orang yang tak dikenali, wanita tak sangka ia adalah kucing yang dicari selama ini
“Dia takut pada manusia, tetapi melihat kepada rantai leher yang dipakai, ia mungkin kucing saya. Oleh itu, saya mula memanggil namanya.
“Tanpa disangka, kucing itu sebenarnya adalah Pandora (kucing) saya.
“Saya buka rantai lehernya, berikan belaian dan beritahu saya sangat rindukannya. Pandora juga sudah besar,” kata wanita itu.
Wanita itu turut menyatakan akhirnya Allah SWT telah menjawab doanya pada hari tersebut.
Tak sangka kucing masih ingat tuannya
“Saya akhirnya jumpa kucing saya selepas setahun lebih dan ia masih mengingati saya, My Pandora. Alhamdulillah,” tulisnya di ruang kapsyen.
Berdasarkan tinjaun kami di akaun TikTok wanita itu, kucing tersebut kini sudah dibawa pulang dan dijaga dengan penuh kasih sayang serta turut kelihatan sihat.
Kini bergelar ibu kepada 3 ekor anak kucing
Malah apa yang lebih menarik selepas beberapa bulan Pandora juga sudah bergelar seekor ibu dan mempunyai tiga ekor anak kucing yang sangat comel.
Perkongsian wanita itu turut mengundang perhatian ramai yang bersyukur apabila kucing tersebut berjaya ditemukan semula setelah sekian lama.