Lelaki Mengamuk Halang Staf KKM Bawa Wanita Cedera Ke Dalam Ambulans Undang Kecaman [Video]

Umum mengetahui, menghalang penjawat awam yang sedang melakukan tugas merupakan satu kesalahan.

Malah mereka yang melakukan kesalahan tersebut juga boleh berdepan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Terbaharu tular satu video di media sosial yang memaparkan situasi tegang di antara kakitangan kesihatan bersama beberapa orang lelaki di sebuah pasar raya.

Tiga lelaki halang petugas kesihatan bawa wanita cedera

Menerusi satu ciapan video di laman Twitter akaun @nanmanjoi871, kelihatan jelas tiga orang lelaki mengamuk dan menyerang petugas kesihatan yang sedang membawa seorang wanita cedera di atas ‘stretcher’ ke ambulans.

Difahamkan, kejadian pertengkaran tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Kuala Selangor pada Isnin lalu (7 November).

“Kakitangan Kementerian Kesihatan dihalang ketika membawa seorang wanita yang cedera di sebuah pasar raya di Kuala Selangor, Isnin lalu. Pihak polis sedang menyiasat kejadian ini,” tulisnya di Twitter.

Ketiga-tiga lelaki sudah ditahan polis

Bagaimanapun, Sinar Harian melaporkan, pihak polis telah berjaya menahan ketiga-tiga lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 17, 21, dan 35 tahun itu ditahan semalam (10 November) bagi membantu siasatan lanjut.

Mengulas lanjut Rami berkata, pihak Hospital Tanjong Karang mendapat panggilan pada jam 8.40 malam berhubung kejadian seorang wanita dilaporkan cedera di sebuah pasar raya.

“Petugas kesihatan yang tiba jam 9 malam di tempat kejadian mendapati seorang perempuan cedera, namun semasa membawa pesakit ke dalam ambulans, terdapat individu telah menyerang pemandu kesihatan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seorang penolong pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian telah membuat laporan polis mengenai insiden tular tersebut.

“Susulan laporan itu, polis telah menahan tiga lelaki pada hari sama laporan itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

“Bikin panas aku tengok” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tiga lelaki terbabit kerana menghalang kakitangan kesihatan menjalankan tugas serta melakukan kekecohan di tempat awam.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago