fbpx
Now Reading
LRT Gantung Operasi, Wanita Disamun Selepas Terpaksa Guna Alternatif Lain

LRT Gantung Operasi, Wanita Disamun Selepas Terpaksa Guna Alternatif Lain

Menurut wanita itu, dia disamun oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika sedang menunggu bapanya di persimpangan Stesen LRT Sri Rampai dan sebuah kondominium.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (9 November), kecoh di media sosial apabila 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama seminggu menyebabkan ramai pengguna terjejas.

Susulan itu, Rapid Rail Sdn Bhd menasihati pengguna untuk menggunakan alternatif lain selain pihaknya menyediakan bas perantaraan percuma di beberapa stesen LRT yang terjejas.

Wanita disamun selepas guna alternatif lain

Bagaimanapun, malang tidak berbau buat seorang wanita ini apabila alternatif lain yang digunakannya menjadi asbab dirinya menjadi mangsa samun.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Nur Sophia Jesmine Hasmin, 27, sepatutnya membuat perjalanan ke pejabat laluan Kelana Jaya dari Stesen LRT Sri Rampai ke Stesen LRT USJ 7.

Hubungi bapa bagi meminta bantuan jemput dan ambil dari pejabat

Namun, dia terpaksa menghubungi bapanya bagi meminta bantuan untuk menjemput dan menghantarnya ke pejabat menaiki kereta selepas mengetahui tentang penutupan sementara operasi stesen berkenaan daripada seorang pegawai polis bantuan.

Ketika sedang menunggu bapanya di persimpangan antara Stesen LRT Sri Rampai dan sebuah kondominium pada jam kira-kira 7.00 pagi, dia secara tiba-tiba didekati oleh dua lelaki yang menunggang motosikal.

Menurutnya, salah seorang lelaki tersebut menyamun begnya yang terdapat sebuah komputer riba dan telefon pintar.

Penyamun bertindak koyak beg guna pisau

“Pada awalnya, saya enggan melepaskan beg saya. Namun, selepas lelaki tersebut bertindak mengoyakkan beg menggunakan pisau, saya melepaskan beg tersebut sebelum mereka melarikan diri,” kata Nur Sophia ketika dihubungi Astro AWANI semalam.

Wanita itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Susulan kejadian tersebut, dia membuat laporan polis dan dimaklumkan bahawa pihak berkuasa akan menyiasat kes tersebut serta memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Gantung 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya seminggu

Terdahulu, Rapid Rail Sdn Bhd pagi ini mengumumkan penggantungan operasi 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya melibatkan stesen Kelana Jaya hingga ke stesen Ampang Park selama seminggu dari 9 Novebmber – 15 November.

Dalam satu kenyataan, Rapid Rail menyenaraikan stesen LRT yang digantung operasi ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.