fbpx
Now Reading
Masih Rasa Penat Walau Dah Tidur Lama? Lelaki Ini Kongsi 5 Jenis Rehat Yang Perlu Diketahui
5 jenis rehat

Masih Rasa Penat Walau Dah Tidur Lama? Lelaki Ini Kongsi 5 Jenis Rehat Yang Perlu Diketahui

Pasti ada di antara anda yang pernah tidur 7 hingga 8 jam tetapi masih berasa penat dan tidak cukup. Jom ketahui 5 rehat ini!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidur memainkan peranan yang sangat penting dalam kesihatan. Malah apabila berjumpa doktor, kita juga sering dinasihatkan agar mendapatkan tidur yang cukup dan yang paling penting ia mestilah berkualiti.

Ini kerana ketika tidur ia secara tidak langsung sedang merehatkan organ-organ badan khususnya otak yang seharian bekerja.

Namun pernahkah anda berada pada satu situasi di mana walaupun sudah mendapatkan tidur yang panjang tetapi masih berasa penat dan merasakan ia tidak cukup?

Sebenarnya terdapat beberapa jenis rehat yang perlu anda ketahui dan perkara ini telah dikongsikan oleh seorang penulis resume dan interview coach, Farid Affy di Twitter.

Tanpa membuang masa jom kami kongsikan kepada anda lima jenis rehat tersebut.

#1 Rehat Fizikal

Foto: Freepik

Tidak dinafikan setiap hari kita menggunakan tenaga yang banyak seperti berjalan, mengangkat barang dan melakukan beberapa aktiviti yang melibatkan fizikal.

Apabila sudah seharian melakukan aktiviti tersebut ia pasti akan membuatkan kita berasa penat. Oleh itu, bagi merehatkan fizikal anda perlu untuk mendapatkan tidur yang cukup sebagai contoh 7 jam sehari dan konsisten.

#2 Rehat Mental

Mental merupakan suatu perkara yang perlu dijaga dengan baik. Mental yang penat boleh membuatkan seseorang itu berasa tidak tentu arah dan secara tidak langsung mengganggu emosi anda.

Maka cara paling terbaik untuk merehatkan mental anda adalah dengan memberi fokus terhadap diri sendiri dan self-reward.

Jangan pernah rasa membazir untuk reward diri sendiri ia adalah satu cara kita menghargai diri sendiri.

#3 Kreativiti

Adakah anda seorang yang suka berangan? Jika ya anda sebenarnya sedang merehatkan diri dengan membiarkan otak untuk berimaginasi.

#4 Rehat Emosi

Foto: Freepik

Bermain dengan emosi adalah sesuatu perkara yang memenatkan. Ini kerana ia berkait dengan kesihatan mental dan juga perasaan anda.

Sekiranya anda sukar mencapai tahap kesihatan mental yang baik anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar terapi bagi membantu menyelasaikan isu tersebut.

Selain itu, anda juga perlu meluangkan masa dengan rakan atau seseorang yang anda boleh menjadi diri sendiri. Malah, anda juga boleh meluahkan apa yang anda rasai dan ia secara tidak langsung dapat membantu untuk berasa lega.

#5 Rehat Deria

Deria yang digunakan secara berlebihan seperti deria rasa, mendengar, melihat terlalu lama juga boleh membuatkan seseorang sukar untuk fokus.

Oleh itu, cara untuk memberikan ia rehat adalah dengan melarikan perhatian anda seketika untuk kembali fokus dalam deria yang digunakan.

Sebagai contoh menggunakan deria melihat untuk membaca terlalu lama adakalanya boleh membuatkan seseorang penat dan pening. Jadi dengan berehat seperti 10 minit selepas lama membaca dapat membantu anda untuk berehat.

Semoga dengan tips yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada anda dan secara tidak langsung membantu untuk mendapatkan kualiti rehat yang lebih baik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.