fbpx
Now Reading
Niat Nak Pancing Ikan, Sekali Ular Tedung Melekat Kat Joran [Video]
Ular tedung

Niat Nak Pancing Ikan, Sekali Ular Tedung Melekat Kat Joran [Video]

Lelaki itu turut menyatakan pada awalnya dia sedang mencuba untuk mendapatkan ikan haruan namun entah bagaimana joran tersebut terkena pada badan ular berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi mereka yang bergelar kaki joran sudah tentu mempunyai senarai tempat menarik untuk dikunjungi.

Adakalanya kawasan memancing yang ingin dikunjungi itu berada di kawasan yang terpencil, sunyi dan jauh dari orang lain sebagai contoh di lombong, tasik, sungai dan banyak lagi.

Tidak kiralah apa jua cabaran yang perlu ditempuh sekali pun, apa yang penting mereka dapat melepaskan gian untuk memancing ikan di kawasan tersebut.

Lelaki nak pancing ikan tapi dapat ular tedung

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan aksi seorang kaki pancing yang ingin memancing ikan. Namun lain dicari lain pula yang didapatkannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kakirodong, kelihatan joran yang dilemparnya ke dalam air telah terkena pada badan seekor ular tedung.

@kakirodong

Hemmm pening nak hatlain!! Sampai adoii

♬ original sound – Kakirodong – Kakirodong

Ular cuba nak larikan diri tapi tersekat dengan mata kail

Ular berkenaan kemudian cuba melarikan diri tetapi cubaannya tidak berjaya disebabkan mata kail joran masih melekat pada badannya.

Malah haiwan itu turut mengeluarkan bunyi dan mengembangkan kepala dan badannya di dalam air tersebut.

Tunjuk ular dibawa naik ke atas darat sebelum dilepaskan

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, lelaki itu turut menunjukkan gambar ular tedung berwarna hitam itu yang berjaya ditarik ke darat dalam keadaan badannya masih lagi terlekat dengan mata kail.

Menerusi ruangan komen, lelaki ini menjelaskan dia sendiri tidak mengetahui bagaimana joran itu boleh terkena pada ular berkenaan di saat dia mahu mencuba (casting) untuk mendapatkan haruan.

Lelaki itu dalam masa sama turut memaklumkan bahawa ular berbisa itu kemudian telah dilepaskan.

Meninjau di ruangan komen ada yang meminta agar individu itu berhati-hati dengan ular berkenaan kerana bimbang jika ia terbang.

Namun tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan corak di bahagian kepala ular tersebut adalah butang ‘off’ untuk menghentikan pergerakkan haiwan itu.

‘Hati-hati terbang nanti, tak sempat nak mengucap’

‘Adui bahaya’

‘Bang belakang kepala dia ada suis yang bulat tu… butang on/off’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.