fbpx

Produk Nutrimalt Tiada Alkohol, Kata 7-Eleven

Menurut 7-Eleven pihaknya tidak akan mengambil ringan tentang proses kelulusan sesuatu produk yang dijual di bawah rangkaiannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial kecoh dengan penularan satu video yang dikongsikan oleh seorang pendakwah, Ustaz Syah tentang minuman jenama Nutrimalt yang tidak halal.

Ketiadaan sijil halal yang disahkan Jakim selain dikilangkan di bawah syarikat pengeluar minuman beralkohol, Carlsberg membuatkan ramai mula was-was hingga timbul dakwaan bahawa minuman berkenaan yang dijual di 7-Eleven mengandungi alkohol.

Baca artikel berkaitan : Jakim Sahkan Nutrimalt Tak Ada Sijil Halal & Tak Layak Mohon [Video]

Mengambil kira kebimbangan para pelanggan, 7-Eleven Malaysia segera menghubungi pengeluar Nutrimalt, bagi mengenal pasti status minuman berkenaan.

“Pihak pengeluar telah memberikan respon secara rasmi dan menekankan bahawa produk ini tidak mengandungi alkohol dan kami berkongsikan maklumat ini kepada pihak umum dan juga pelanggan setia 7-Eleven,” kata rangkaian kedai serbaneka itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, 7-Eleven menegaskan pihaknya tidak akan mengambil ringan tentang proses kelulusan sesuatu produk yang dijual di bawah rangkaiannya.

“Ingin ditekankan bahawa komitmen 7-Eleven adalah berterusan dalam memastikan setiap kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik supaya kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

“Di 7-Eleven, semua produk kami melalui proses kelulusan yang ketat untuk memastikan keselamatan penggunaan yang terjamin bagi semua pelanggan.

“Kami sentiasa mengamalkan kerjasama yang rapat dengan para pembekal dalam memastikan pembekalan rantaian yang cekap dan jaminan bahawa setiap produk kami adalah menepati kualiti yang ditetapkan,” kata 7-Eleven lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.