fbpx
Now Reading
PRU15: “UMNO Akan Kalah Kalau Ramai Keluar Mengundi” – Muhyiddin

PRU15: “UMNO Akan Kalah Kalau Ramai Keluar Mengundi” – Muhyiddin

Menurut Muhyiddin, BN memang pada PRN Johor yang lalu berikutan ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu berbanding pengundi parti lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin UMNO akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya jumlah pengundi yang keluar mengundi pada 19 November nanti tinggi.

Menurut Muhyiddin, Barisan Nasional (BN) menang pada PRN Johor yang lalu berikutan ramai pengundi UMNO yang turun mengundi berbanding pengundi parti lain.

PRN Johor lalu banyak orang UMNO sahaja keluar mengundi

“Macam PRN Johor dulu tak ramai keluar mengundi, orang UMNO ‘totok’ ada situ. BN menang.

“Tetapi Pilihan Raya ini, katalah 80% pengundi ada keluar undi, yakin UMNO akan hanyut masuk ke Sungai Muar,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan Muhyiddin ketika berucap dalam satu ceramah kelompok bersama masyarakat Kampung Tengah, Kampung Naib Piee, Kampung Parit Buaya dan Kampung Sungai Terap, Pagoh.

PRU kali ini bukan soal pemimpin tapi soal rakyat

Tambah Muhyiddin, pilihan raya kali ini sangat penting bukan kerana soal beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini soal rakyat. Ini satu tanggungjawab penting. Tanggungjawab (kita turun) mengundi pada 19 November ini.”

Penerimaan rakyat terhadap PN semakin meningkat

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, penerimaan orang ramai terhadap PN semakin meningkat.

“Trend sokong Melayu semakin meningkat. Boleh menang bentuk kerajaan. Di Pagoh ini bagilah saya peluang terakhir menang,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

BN memang besar PRN Johor lalu

Terdahulu, BN memperoleh kemenangan besar pada PRN Johor apabila berjaya memenangi majoriti dua pertiga.

Kemenangan itu diperolehi BN setelah berjaya menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengalahkan pesaingnya yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.