Ketua Menteri Chow Yon Kuew berkata, keputusan ini diambil bagi memberikan masa dan kemudahan yang cukup kepada rakyat untuk melakukan persediaan mengundi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pulau Pinang hari ini (10 November) mengisytiharkan Jumaat, 18 November iaitu sehari sebelum Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai cuti umum bagi negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yuew berkata, keputusan ini diambil bagi memberikan masa dan kemudahan yang cukup kepada rakyat untuk melakukan persediaan menjelang hari mengundi.
Keputusan ini menjadikan Pulau Pinang negeri ketiga yang mengistiharkan cuti selepas Selangor dan Negeri Sembilan.
Sebagai info, ketiga-tiga negeri ini merupakan negeri yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.