fbpx
Now Reading
PRU15: Pemimpin PAS Tampil Mohon Maaf Selepas Keluar Kenyataan ‘Undi BN & PH Masuk Neraka’ [Video]
Pemimpin pas tampil mohon maaf

PRU15: Pemimpin PAS Tampil Mohon Maaf Selepas Keluar Kenyataan ‘Undi BN & PH Masuk Neraka’ [Video]

Pemimpin PAS itu turut menyatakan syurga dan neraka tidaklah dipertentukan oleh penyokong parti-parti tersebut tetapi ia melibatkan mereka yang melakukan kebaikaan atau kejahatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejam celik sudah hampir seminggu calon dari parti-parti politik berkempen di kawasan mereka untuk meraih undi dari masyarakat setempat selepas penamaan calon diadakan, pada 5 November lalu.

Malah dalam Pilihanraya Umum kali ke-15 (PRU15) ini juga kita dapat melihat setiap parti giat menjalankan kempen seperti melawat ke rumah rakyat, menyampaikan bantuan, memberi ceramah serta banyak lagi.

Tampil mohon maaf lepas pengundi akan ‘masuk api neraka’ jika undi BN & PH

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial apabila seorang pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang mengundi Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) akan ‘masuk api neraka’.

Ucapan yang dikeluarkan Ketua Pemuda PAS Sik, Ustaz Shahidul Nasir itu kemudiannya tular hingga mendapat kecaman hebat.

Malah ada pemimpin politik dari UMNO tampil meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap penceramah berkenaan yang disifatkannya sebagai mampu memecah belah perpaduan ummah.

Susulan dari itu, beliau kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Mohon maaf pada semua pihak yang tersinggung

“Saya ingin memohon kemaafan kepada semua pihak yang telah tersinggung dengan ucapan saya yang telah tular pada hari ini.

“Berkenaan syurga dan neraka ini bukanlah dipertentukan hanya kepada penyokong BN dan PH tetapi ia melibatkan secara umum yang melakukan kebaikan atau pun kejahatan.

“Jadi sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan ucapan yang telah saya sampaikan, moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua.

Minta orang ramai hentikan sebaran tentang video tersebut

Beliau dalam masa yang sama turut meminta agar video tersebut tidak disebarkan lagi bagi menjamin keharmonian agar PRU15 kali ini bebas dari sebarang isu perkauman dan agama yang melampau.

“Saya juga ingin tegaskan, apa sahaja tindakan yang cenderung sahaja kepada kemungkaran yang dilakukan oleh sesiapa pun, ianya tetap salah dan wajib dicegah,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.