Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Hero Selamatkan Rakan Dalam Simulasi Culik Di Taska [Video]
Kanak-kanak lelaki itu turut dilihat cuba melindungi si rakan dengan menggunakan badannya sebelum menangis ketakutan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan isu penculikan kanak-kanak bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara kita dan seluruh dunia.
Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan juga guru-guru apabila memikirkan tentang keselamatan mereka.
Malah, kita juga sering berpesan kepada mereka untuk berhati-hati dan tidak bercakap atau menerima barang daripada individu yang tidak dikenali.
Namun faktor umur menyebabkan ada segelintir si kecil yang tidak memahami situasi sebenar.
Oleh itu, banyak sekolah pendidikan awal kanak-kanak sudah mula membuat simulasi untuk memberikan gambaran situasi sebenar kepada kanak-kanak.
Tular video taska buat simulasi penculikan
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan keadaan sebuah taska yang sedang melakukan simulasi penculikan sehingga menarik perhatian orang ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @drkhadijahskis, kelihatan seorang lelaki telah masuk ke premis taska berkenaan sambil membawa satu beg plastik yang dipercayai berisi coklat sebagai umpan untuk menculik kanak-kanak itu.
Dia kemudiannya menawarkan coklat berkenaan kepada beberapa kanak-kanak sebelum salah seorang darinya tampil menyatakan yang dia mahukan coklat tersebut.
Berlari sambil jerit minta rakan jangan ambil coklat dari lelaki itu
Sedar tentang perkara itu, seorang kanak-kanak yang bernama Iman Zhafran kemudiannya pantas berlari ke arah rakannya dan menjerit agar tidak mengambil coklat dari lelaki tersebut.
“Hei jangan ambil, dia jahat,” katanya sambil melindungi rakannya itu sebelum mereka menangis ketakutan.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap si kecil yang berani dan peka dengan apa yang berlaku.