fbpx
Now Reading
PRU15: ‘Parti Lawan Kering Modal, Dakwa Zahid Jadi PM Hanya Untuk Hasut Pengundi’ – Ismail Sabri

PRU15: ‘Parti Lawan Kering Modal, Dakwa Zahid Jadi PM Hanya Untuk Hasut Pengundi’ – Ismail Sabri

Menurut Ismail Sabri, dakwaan yang dilemparkan itu bertujuan memecahbelahkan kepimpinan UMNO dan BN selain daripada ingin menghasut pengundi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Parti lawan kekeringan modal apabila kerap mengunakan dakwaan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diangkat menjadi Perdana Menteri jika BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata musuh BN menggunakan taktik tersebut untuk menghasut pengundi meskipun tahu beliau adalah satu-satunya pemimpin yang akan menjadi calon PM oleh UMNO dan BN.

Ingin memecahbelahkan kepimpinan UMNO dan BN

Ismail yang juga Naib Presiden UMNO berkata, dakwaan yang dilemparkan itu juga bertujuan ingin memecahbelahkan kepimpinan UMNO dan BN yang akhirnya hanya mendedahkan parti lawan sudah kehabisan isu.

“Mereka cuba menimbulkan kekeliruan (dalam kalangan pengundi) dan tentu juga mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah. Mereka nampak tak ada isu lain yang boleh mereka menggunakan. Hanya menggunakan isu PM ini,“ ujarnya pada FMT.

Dakwaan tersebut tidak beretika

Pada masa sama, Ismail turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak beretika untuk menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.

“Mereka (parti lawan) cuba menggambarkan (kemungkinan) saya tak menjadi PM (supaya) menurunkan sokongan kepada BN. Mereka mungkin takut saya (sebagai) calon PM. Saya anggap…ia boleh menjadi satu kekuatan untuk saya untuk menarik pengundi (kepada) BN,” ujar beliau.

Zahid akan jadi PM jika BN menang

Terdahulu, PH dan Pejuang mendakwa Zahid Hamidi akan diangkat menjadi Perdana Menteri sekirannya parti gabungan itu menang pada PRU15.

Pemimpin tertinggi parti tersebut memberi amaran bahawa ‘satu undi BN bersamaan satu undi untuk Zahid menjadi Perdana Menteri’.

Walaupun Zahid sudah menepis dakwaan itu, tetapi ia terus dicanang oleh parti pembangkang yang ghairah menjadikan beliau sebagai sasaran utama dalam kempen mereka kerana kes mahkamahnya melibatkan penyelewengan dana.

Ismail Sabri kesal pembangkang menidakkan keputusan UMNO dan BN

Tambah Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, beliau kesal dengan cubaan pembangkang untuk menafikan keputusan di pelbagai peringkat dalam UMNO dan BN mengenai calon Perdana Menteri.

“Keputusan untuk mencalonkan saya sebagai perdana menteri oleh BN telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi Umno, biro politik Umno, dan perhimpunan agung Umno. Malah, disambut oleh parti-parti komponen (BN),” katanya.

“Seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi Zahid, Mohamad Hasan (timbalan pengerusi), dan lain-lain, jelas kata saya satu-satunya calon perdana menteri (BN),” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.