Umum pasti mengetahui hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal berlangsung pada Sabtu, 19 November ini.
Memandangkan Malaysia masih lagi berdepan pandemik, semalam, 14 November, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan infografik ‘Nasihat Am Kepada Pengundi PRU’ untuk rujukan orang ramai.
Menerusi panduan tersebut terdapat beberapa langkah am perlu diambil khususnya kepada mereka yang positif Covid-19 bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat sekaligus mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN : Positif Covid-19? Ini SOP Dari KKM Untuk Keluar Mengundi Pada PRU15
Garis panduan ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan dengan rata-rata pengguna Facebook dilihat kurang senang dengan panduan dan SOP yang diberikan.
Wujudkan satu lorong khas dan guna MySejahtera semasa hari mengundi
Jelas mereka, ia dilihat agak longgar dan dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya jangkitan di kalangan para pengundi.
Situasi ini menurut mereka tidak baik kerana boleh menimbulkan kebimbangan sekaligus membuatkan ramai tidak turun mengundi.
Tambah netizen, meskipun KKM bakal meletakkan petugas kesihatan di tempat mengundi, ianya masih tidak meyakinkan melainkan SPR menambah baik SOP iaitu dengan mewujudkan satu lorong khas bagi mengasingkan pesakit Covid-19 dengan orang ramai.
Khuatir dakwat kekal tercemar
Antara alasan utama yang dikemukakan adalah penjarakan fizikal yang sukar dikawal selain penggunaan dakwat kekal yang mungkin sudah tercemar sekiranya disentuh oleh pesakit Covid-19 atau mereka yang mempunyai jari yang terluka.
Dalam masa sama ada juga yang mencadangkan agar aplikasi MySejahtera kembali digunakan pada hari mengundi agar petugas SPR mudah mengesan mana-mana individu yang positif untuk tujuan pengasingan.
Buat barisan dan saluran asing untuk pengundi positif Covid-19
“Kena tunjuk MySejahtera dulu”
Wajibkan penjarakan fizikal 1 meter
Pakaikan gelang
Setakat ini tiada sebarang maklum balas yang diberikan KKM berhubung cadangan-cadangan tersebut.