
Serangan Bom Di Turki, 6 Mati & 81 Cedera
Menerusi maklumat awal yang diperolehi, suspek adalah seorang wanita bersama dua lelaki
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 81 yang lain cedera selepas kejadian letupan bom yang menggegarkan kawasan tumpuan orang ramai di Istanbul, ibu kota Turki semalam (10 November).
Menurut laporan Malaysia Gazette yang memetik agensi, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan menyifatkan serangan bom tersebut adalah perbuatan keji dan ‘berbau keganasan’.
Difahamkan insiden mengemparkan itu berlaku di Istiklal Street di kawasan Dataran Taksim pada jam 4.20 petang waktu tempatan.
Serangan khianat, pelaku akan dihukum
Menurut Erdogan, kejadian letupan itu merupakan satu bentuk serangan khianat dan berjanji pihak yang melakukannya akan dihukum.
“Mereka yang terlibat akan dihukum sebagaimana yang sepatutnya,” katanya pada sidang akhbar sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20).
Devletimizin ilgili birimleri bu kalleş saldırının faillerini ve arkasındaki mahfilleri ortaya çıkarmak için çalışmalarını sürdürmektedir.
— Recep Tayyip Erdoğan (@RTErdogan) November 13, 2022
Milletimiz bu saldırının faillerinin tüm unsurlarıyla ortaya çıkartılarak hak ettikleri şekilde cezalandırılacağından emin olsun.
Suspek seorang wanita bersama dua lelaki
Tambahnya, menerusi maklumat awal yang diperolehi, suspek adalah seorang wanita bersama dua lelaki.
“Mungkin salah untuk mengenal pasti tragedi ini satu serangan pengganas tetapi risikan awal daripada gabenor menyatakan ia ‘berbau keganasan’,” katanya.
🚨PHOTO: Turkey authorities are looking for this lady who they believe abandoned the bag causing explosion in Istanbul, Turkey today pic.twitter.com/MWcIpcEj2M
— Breaking News (@NewsJunkieBreak) November 13, 2022
4 maut di tempat kejadian, 2 lagi meninggal dunia di hospital
Ujar Erdogan, empat orang mati di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia di hospital ketika sedang dirawat.
Pada masa sama, Naib Presiden Turki, Fuat Oktay telah mengemas kini jumlah yang cedera kepada 81, dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal.
Terdahulu, tular video insiden terbabit di media sosial yang memaparkan letusan api dan bunyi dentuman kuat menyebabkan orang ramai bertempiaran lari.
A piece of garbage blew himself up in the middle of a crowded area in Istanbul. #Turkey pic.twitter.com/7FOiCJpoiy
— (((Tendar))) (@Tendar) November 13, 2022
Rakaman CCTV ketika letupan berlaku
#Turkey 🇹🇷
— Nexx_ (@_Nex3_) November 13, 2022
🔴 Video showing the moment of the explosion pic.twitter.com/wmco0DJKcL