fbpx
Now Reading
Ini 9 Promosi Yang Boleh Dituntut Selepas Jalankan Tanggungjawab Mengundi Pada PRU15
9 promosi makanan & minuman sempena PRU15

Ini 9 Promosi Yang Boleh Dituntut Selepas Jalankan Tanggungjawab Mengundi Pada PRU15

Ketahui 9 promosi makanan dan minuman yang tawarkan sempena PRU15 ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa hari sahaja lagi rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Memandangkan hari pengundian telah diisytiharkan cuti umum, jadi pasti ada di antara kita yang sudah mula merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sebaik selesai membuang undi.

Oleh itu, kami mempunyai satu berita baik buat mereka yang mengundi.

Sebenarnya terdapat promosi dan tawaran diskaun yang diberikan oleh banyak perniagaan demi menghargai usaha masyarakat yang menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.

Tanpa berlenggah lagi jom kami kongsikan kepada anda.

#1 Secret Recipe

Foto: IG Secret Recipe

Secret Recipe menawarkan sebanyak 30% diskaun bagi mana-mana minuman di dalam menu mereka.

Caranya hanya tunjukkan jari berdakwat anda dan promosi ini sah digunakan pada 19 November sahaja.

#2 Tealive

Foto: IG Tealive

Bermula pada 14 November sehingga 20 November Tealive menawarkan promosi dua minuman pada harga RM15 sahaja bersempena dengan promosi PRU15.

Promosi ini hanya boleh digunakan pada minuman yang berharga bawah RM10 dan tersedia di semua outlet Tealive kecuali di Tealive Plus.

#3 Tacobell

Foto: IG Tacobell

Dapatkan Loaded Griller dengan hanya RM5 sahaja. Anda hanya perlu menunjukkan jari berdakwat anda untuk menikmati diskaun ini. Sah pada 19 November sahaja.

#4 TGIFridays

Foto: IG TGIF

Individu yang sudah mengundi layak menikmati 15% diskaun untuk semua jenis burger di dalam menu TGIF dengan hanya menunjukkan jari sebagai bukti.

Sah pada 19 November sahaja.

#5 Hokkaido baked cheese tart

Foto: IG Hokkaido Baked Cheese tart

Jalankan tanggungjawab mengundi anda dan nikmati diskaun 15% Classic cheese tart pada 19 November ini.

#6 MyLaksa

Foto: IG MyLaksa

Tunjukkan jari anda kepada crew MyLaksa dan berpeluang untuk menikmati satu air percuma dengan pembelian asam laksa bermula pada 19 November sehingga 20 November ini.

#7 OldTown White Coffee

Foto: IG OldTown White Coffee

Dapatkan satu minuman OldTown White Coffee dengan pembelian bagi mana-mana jenis makanan di dalam menu bahagian Nasi atau Mee pada 19 November ini.

#8 Pepper Lunch

Foto: IG Pepper Lunch

Tuntut minuman percuma anda di Pepper Lunch dengan hanya tunjukkan jari mengundi pada 19 November ini.

#9 Cool Blog

Foto: IG Cool Blog

Tunjukkan jari berdakwat anda dan nikmati topping percuma dengan pembelian mana-mana jenis minuman di Cool Blog pada 19 November ini sahaja.

Wah! rupanya ada banyak yang menawarkan promosi-promosi hebat sempena PRU15 ni. Nanti bolehlah anda bawa keluarga atau rakan-rakan untuk nikmati diskaun ini bersama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.