Pemandu Proton Saga Dikecam, Berang & Acah Samseng Walhal Keluar Di Lorong Salah [Video]

Boleh dikatakan sikap pemandu di Malaysia masih kurang memuaskan apabila ada segelintir yang mengambil mudah terhadap peraturan jalan serta berlagak samseng dan menjadi pembuli jalan raya.

Antara kesalahan lalu lintas yang paling banyak berlaku adalah seperti memotong di laluan kecemasan, melanggar lampu merah dan melalui lorong bertentangan.

Lebih teruk apabila ada di kalangan pemandu yang melakukan kesalahan tersebut enggan mengakui kesalahannya sebaliknya mejadi berang apabila ditegur oleh pengguna jalan raya yang lain.

Pemandu lalu lorong salah berlagak samseng

Begitulah yang ditunjukkan dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular sejak semalam (14 November) apabila kelihatan sebuah kereta yang melalui jalan bertentangan telah berlagak samseng setelah ditegur oleh pemandu lain.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @appleuser29367564, kelihatan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi sedang melalui satu laluan masuk.

@appleuser29367564

@POLIS DIRAJA MALAYSIA OFFICIAL #polisdirajamalaysia tolong kutip orang macam ni #pdrm menggangu ketenangan jiran tetangga #viral saga merah #fyp

♬ Halloween ・ cute horror song – PeriTune

Namun ketika membelok masuk, pemandu terbabit terpaksa memperlahankan kenderaannya seketika sebelum kembali bergerak.

Tidak lama selepas itu, muncul sebuah Proton Saga dari arah bertentangan yang melalui laluan sama.

Difahamkan jalan tersebut hanyalah untuk kenderaan masuk sahaja dan bukannya laluan keluar.

Marah padahal dirinya yang salah

Apa yang mengejutkan, tindakan pemandu Proton Saga itu memarahi kereta Myvi tersebut walhal dirinya yang berada di laluan yang salah.

Pada masa sama, kelihatan juga seperti anak dan isterinya berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Seakan tidak berpuas hati, pemandu dengan lagak samseng itu berhenti di tepi jalan lalu keluar berlari ke arah Myvi tersebut.

“Lesen terbang” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu terbabit yang seakan berlagak samseng dan tidak mengakui kesalahan dilakukannya.

Selain itu, netizen turut meminta agar pihak berkuasa menangkap pemandu Proton Saga tersebut kerana telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Buat masa ini, pihak kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai kejadian ini. diharapkan orang ramai yang memandu agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu mengikut emosi hingga mampu mencetuskan pergaduhan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

53 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago