fbpx
Now Reading
PRU15: Takiyuddin Dakwa PN & BN Mungkin Bergabung Bentuk Kerajaan, Tapi Muhyiddin Kata Sebaliknya

PRU15: Takiyuddin Dakwa PN & BN Mungkin Bergabung Bentuk Kerajaan, Tapi Muhyiddin Kata Sebaliknya

Pengerusi Perikatan Nasional itu turut menafikan pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding bersama BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan dengan gabungan lain termasuklah Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Memetik laporan BH, Takiyuddin berkata, beliau yakin BN akan menyokong dan menerima idea penggabungan itu.

Malah beliau mendakwa, perkara sama pernah disuarakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN.

“Saya yakin kita dapat bentuk Kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu,” kata Takiyuddin.

Kenyataan dinafikan Muhyiddin

Kenyataan beliau bagaimanapun dinafikan sendiri oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang tampil menerusi satu kenyatan media menegaskan tujuan utama Perikatan Nasional bertanding dalam PRU 15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

Malah bekas perdana menteri itu turut menafikan pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding bersama BN.

“Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan Barisan Nasional bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU.

“Saya berdoa dengan izin Allah s.w.t dan sokongan padu rakyat, Perikatan Nasional akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU-15,” kata Muhyiddin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.