fbpx
Now Reading
“Salah Lambai Tu Dik” – Aksi Kanak-Kanak Naik Lori Bomba Undang Ketawa Ramai [Video]
Kanak-kanak naik lori bomba buat ramai terhibur

“Salah Lambai Tu Dik” – Aksi Kanak-Kanak Naik Lori Bomba Undang Ketawa Ramai [Video]

Menerusi video yang dikongsikan anggota bomba itu, dia turut menunjukkan aksi kanak-kanak lelaki yang teruja menaiki lori bomba sehingga mengikut bunyi siren kenderaan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi acara tahunan apabila ada beberapa tadika yang akan mengadakan lawatan sambil belajar buat para pelajarnya.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kecil ini tentang sesuatu perkara sebagai contoh dunia haiwan, alam pekerjaan, dan sebagainya.

Ia secara tidak langsung dapat memberikan mereka satu pengalaman dan pelajaran yang baharu untuk dikongsi bersama guru dan juga ibu bapa.

Sekumpulan kanak-kanak tarik perhatian ramai

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada sekumpulan kanak-kanak dari sebuah tadika ini sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh Farhan Hafifi di TikTok, kelihatan sekumpulan kanak-kanak perempuan yang sedang menaiki lori bomba.

Farhan yang merupakan salah seorang dari anggota bomba kemudian meminta mereka untuk melambai ke arah kamera.

Lambai ke arah tingkap

Mungkin terlalu teruja atau tersalah dengar arahan tersebut, sekumpulan kanak-kanak itu secara spontan melambai ke arah tingkap dengan penuh bersemangat sambil berkata ‘bye!’.

“Kamera, kamera. Kamera dekat sini,” katanya kepada kanak-kanak itu sebelum merekaberpaling dan melambai ke arah lensa tersebut.

Berbeza bawa pelajar lelaki, cuba ikut bunyi lori bomba

Dalam satu video yang dimuat naik menunjukkan perbezaan apabila lori bomba itu membawa sekumpulan pelajar lelaki.

Di mana kedengaran mereka begitu bising kerana cuba meniru bunyi siren lori berkenaan.

“Siren manual.. bila dah lama macam lain je bunyinya,” tulisnya dalam video itu.

@farhanhafifi93

Pempuan dgn cara Dya.. laki dgn cara Dya..jem🤦😂😂 @zulkarnaenhayazi NIE lah ABG cameraman yg sruh lambai tu..boleh fllow Dya..hensem orgnya..🥰😍😁 #abambomba #bombamalaysia #cikguboy #killergulung #fyp #fypviral #abcxyz #xyzbca

♬ original sound – Farhanhafifi – Farhanhafifi

Ramai terhibur lihat aksi kanak-kanak

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi kanak-kanak tersebut dan menyifatkan mereka sangat comel.

‘Ya Allah comelnya’

‘Boleh pula sepakat lambat dekat luar’

‘Cara mereka tukar angle… hahaha comel’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.