
“Baik U Padam” – Leona Selamba Tayang Kertas Undi Pos Sekali Nombor Siri Di Media Sosial
Difahamkan, ini merupakan kali pertama anak Azhar Sulaiman itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi dan juga mengundi secara pos.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada Sabtu ini (19 November).
Oleh yang demikian, pengundi pos yang berada di dalam dan luar negara sudah menerima kertas undi mereka lebih awal agar sempat dikembalikan sebelum waktu pengundian ditutup.
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan untuk mendedahkan kertas undi yang sudah ditanda atau menunjukkan nombor siri undi di khalayak ramai seperti di dalam media sosial.
Leona dedah kertas undi pos
Namun begitu, sejak semalam (15 November) tular di media sosial apabila pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali dengan panggilan Leona telah mendedahkan kertas undi pos berserta nombor sirinya di khalayak ramai.
Dia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dilihat tampil menerusi satu hantaran video di TikTok yang memperlihatkan dia sedang menari sambil memegang kertas undi pos yang dipercayai baru diterimanya.
Jelas terpampang nama calon dan no. siri kertas undi
Namun apa yang mengejutkan apabila Leona yang juga anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman tanpa sedar telah mendedahkan nama calon dan nombor siri kertas undinya kepada orang ramai.

Kemungkinan undi akan rosak atau ditolak
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menasihati Leona agar tidak mendedahkan kertas undinya dan memadam hantaran tersebut.
Selain itu, segelintir netizen turut mendakwa kertas undi tersebut kemungkinan telah pun rosak atau ditolak kerana terlihat jelas nombor sirinya.



Sudah padam video
Ketika artikel ini ditulis, Leona sudah pun memadam hantaran video kertas undinya itu di laman TikTok.
Namun video berkenaan sudah pun tular malah sudah dimuat naik beberapa pengguna media sosial termasuklah beberapa portal.
@keluarga.my Tindakan Kasih Iris Leona yang memuatnaik kertas undian telah dikecam netizen. Untuk pengetahuan, Leona kini berada di UK kerana melanjutkan pelajaran dan telah membuat undian secara pos semalam. #keluarga #keluargamag #leona #kasihirisleona #pru15
♬ SWIPE – ALYPH
Carian kami di Twitter pula mendapati, dia hanya memuat naik foto kertas undi yang sudah berada di dalam sampul surat.