Niat Nak Healing Sorang, Sekali Dapat Kata-Kata Semangat Dari Abang Grab Sampai Menangis [Video]
Wanita tersebut menangis sebaik mendengar kata-kata semangat daripada pemandu Grab terbabit yang sedang menghantarnya ke sebuah pusat beli belah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lumrah kehidupan sebagai manusia, pasti akan ada naik dan turunnya. Perasaan dan emosi juga begitu, terkadang gembira, terkadang sedih.
Namun, semua perasaan itu tidak akan terjadi tanpa sebab, pasti akan ada sesuatu yang terjadi sehingga lahirnya perasaan atau emosi sebegitu.
Namun, semua perasaan itu tidak akan terjadi tanpa sebab, pasti akan ada sesuatu yang berlaku sehingga lahirnya perasaan atau emosi sebegitu.
Wanita dapat kata-kata semangat dari abang Grab
Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila tular di media sosial video dia yang ingin mencari ketenangan secara tiba-tiba mendapat kata-kata semangat dari seorang pemandu Grab.
Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok akaun @itsaly4a, wanita yang dikenali sebagai Alya itu sedang dalam perjalanan ke sebuah pusat beli belah seorang diri dengan menaiki Grab.
Ditegur abang Grab ketika sedang bersedih
Alya pada waktu itu sedang merakam dirinya yang sedang bersedih sebelum secara tiba-tiba ditegur oleh pemandu terbabit yang seolah-olah menyedari penumpangnya sedang dalam kesedihan.
“Cerita dia aku order grab nak pergi mall sebab nak healing sorang-sorang. Jadi sebab kenapa aku rakam masa ini konon nak acah healing lah pandang luar tingkap sambal nangis.
“Cerita dia aku order grab nak pergi mall sebab nak healing sorang-sorang. Jadi sebab kenapa aku rakam masa ini konon nak acah healing lah pandang luar tingkap sambil nangis.
“Lepastu abang grab nampak dan tanya ‘kau okay tak?’ pastu dia hulur tisu dan cakap ‘aku nak kau tahu, kalau kau ada anything to share. Aku ada dan boleh dengar’ jadi aku cerita kenapa aku sedih,” tulisnya di kapsyen.
Menangis ketika diberi kata-kata semangat
Ketika sedang mendengar kata-kata semangat daripada pemandu grab terbabit, Alya merasa sebak hingga akhirnya mengalirkan air mata.
Di akhir perkongsian, Alya menasihati orang ramai agar tidak mengikuti cara yang dilakukannya lebih-lebih di saat cuaca di Malaysia yang tidak menentu
“So moral of the story, stay strong geng. Tak payah nak acah healing macam aku. Duduk je rumah, nanti sangkut banjir tak pasal-pasal,” tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemandu Grab terbabit yang memberikan kata-kata semangat pada wanita tersebut.