fbpx

Ramai Bengang, Owner Myvi Ubahsuai Lampu Signal Jadi Warna Putih Hingga Kelirukan Orang Lain

Difahamkan, tindakan pemandu terbabit menukar warna lampu isyaratnya menyebabkan pengguna jalan raya yang lain menjadi sedikit keliru dan sukar dilihat dari jauh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, banyak pemilik kereta yang suka mengubahsuai kenderaan milik mereka agar kelihatan lebih cantik atau ‘sporty’.

Bagaimanapun, tidak semua modifikasi dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas faktor keselamatan jalan raya.

Namun begitu, masih ramai yang kurang cakna mengenai undang-undang modifikasi yang telah ditetapkan oleh JPJ hingga mengundang rasa tidak senang pengguna jalan raya yang lain.

Tular lampu isyarat ditukar menjadi warna putih

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya ini apabila tular di media sosial gambar sebuag kereta Perodua Myvi yang menukar lampu isyarat (signal) belakangnya dari warna oren menjadi warna putih.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @emrhqm, lelaki yang dikenali sebagi Haqim itu meminta agar pemilik kereta tersebut menukar kembali warna lampu isyaratnya kepada yang asal.

“Bang, lampu signal (isyarat) tu elok tukar balik warna oren. Kalau kemalangan jangan salahkan orang lain. Nak main tukar lampu ni buat interior (dalaman) je dahla. Ada sebab lampu brek warna merah, signal oren,” tulisnya.

Pengguna jalan raya menjadi keliru dan sukar melihat

Difahamkan, tindakan pemandu terbabit menukar warna lampu isyaratnya menyebabkan pengguna jalan raya dari arah belakang menjadi sedikit keliru malah ia sukar dilihat dari jauh.

Perkongsian itu telah membawa kepada luahan pengguna jalan raya yang lain yang turut berkongsi rasa ketidakpuasan hati mereka mengenai sesetengah modifikasi kenderaan yang melampau.

Ubahsuai lampu hadapan jadi warna merah, pengguna ingat lampu belakang

Menurut seorang pengguna, dia yang ketika itu pergi ke tempat kerja pada waktu pagi hampir terlibat dalam kemalangan selepas menyangka lampu berwarna merah yang dilihatnya adalah lampu belakang kenderaan lain.

“Haritu pergi kerja dalam 6.45 pagi dan gelap sangat sebab hujan lebat, kemudian nampak kereta belah kanan pakai lampu ‘demon eyes’ warna merah. Ingatkan lampu belakang rupanya lampu depan, nasib baik tak pergi belah kanan tu, kalau tak memang dah berdentum (berlanggar),” tulisnya.

“Orang macam ni dia perasaan dia owner paling cool” – Netizen

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit yang mengubahsuai keretanya sehingga mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.