fbpx
Now Reading
Disneyland Di Melaka? Ia Salah Faham, Kata Exco Melaka

Disneyland Di Melaka? Ia Salah Faham, Kata Exco Melaka

Terdahulu seorang wartawan CNN di Asia Tenggara, Heather Chen mendedahkan tiada sebarang perancangan rasmi tentang pembinaan taman tema Disney di Melaka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam heboh media sosial apabila media melaporkan sebuah Taman Tema Disneyland dan Disney City bakal dibangunkan di dalam daerah Jasin, Melaka tahun 2027.

Ianya selepas termeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara beberapa syarikat untuk membangunkan sistem tren Maglev sejauh 22km yang didakwa sebagai transport penghubung bagi ‘Lokasi Hotspot Pelancongan dan Pembangunan Taman Tema Disneyland serta Disneyland City’.

Meskipun lokasinya belum diumumkan, EXCO Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang turut hadir pada majlis itu berkata, pembinaan ‘Taman Disneyland pertama di Asean’ itu akan menelan kos kira-kira RM2 bilion.

Namun apa yang menimbulkan persoalan orang ramai, sekiranya benar pengumuman tersebut, mengapakah tiada wakil Disney yang turut serta dalam majlis sebesar itu?

Tidak lama kemudiannya, seorang wartawan CNN di Asia Tenggara, Heather Chen telah menghubungi pihak Disney bagi mendapatkan respon berhubung perkara itu.

Apa yang mengejutkan adalah maklum balas dari wakil syarikat konglomerat tersebut bahawa tiada sebarang perancangan rasmi tentang pembinaan taman tema Disney di Melaka sekaligus menjadikan berita berkenaan sebagai palsu dan hanyalah spekulasi semata-mata.

Perkara tersebut dikongsikan Heather Chen menerusi satu ciapan di Twitter.

Meskipun ciapan berkenaan kemudiannya diturunkan Chen atas permintaan Disney, dia bagaimanapun mengekalkan kenyataan asalnya bahawa tiada perancangan rasmi untuk pembukaan sebarang Taman Tema Disney di Melaka.

Ia salah faham

Perkara sama kemudiannya disahkan Jailani Khamis selepas dihubungi BuzzKini.

“Salah faham,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Tambah beliau lagi, Bahagian Promosi Pelancongan Melaka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut pada jam 10 pagi esok (17 November).

Semakan di Twitter mendapati situasi ini nyata mengecewakan segelintir rakyat Malaysia khususnya di Melaka yang sebelum ini sudah teruja dengan pengumuman tersebut. Namun siapa tahu kalau ada keajaiban bukan?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.