
PRU15: Ismail Sabri Dakwa Penipuan Pembangkang Di Media Sosial Pengaruhi Pengundi Muda
Sementara itu di laman Twitter, rata-rata rakyat mengkritik tindakan beliau yang membubarkan Parlimen meskipun negara berkemungkinan tinggi dilanda bencana banjir.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penipuan yang dilakukan pihak pembangkang melalui media sosial perlu diambil serius kerana ia mampu mempengaruhi pengundi muda.
Itu dakwa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri ketika majlis ramah mesra bersana penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen, Pahang, semalam (16 November).
Menurut Ismail, jentera Barisan Nasional (BN) perlu lebih aktif menjawab dan menerangkan kepada pengundi muda segala dakwaan pembangkan selain menerangkan manifesto BN dalam waktu akhir kempen ini
“Jual produk yang baik, pasti orang terima” – Ismail Sabri
“Yang lebih penting menerangkan kepada rakyat terutama melibatkan manifesto yang saya sebutkan itu adalah sebahagian besar dalam Bajet 2023, maknanya kita jual produk yang baik pasti orang akan menerima kita.
“Saya sudah beritahu tidak perlu hendak serang peribadi sesiapa, yang penting mereka menerima kita dengan apa kita janjikan untuk mereka,” katanya.
Kenyataan itu diberikannya ketika majlis ramah mesra bersana penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen, Pahang semalam (16 November).
Golongan muda akan penyokong BN
Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera percaya bahawa golongan muda akan menyokong pari gabungan tersebut mesikpun banyak pihak cuba mengelirukan mereka dengan pelbagai dakwaan tidak benar.
Tambahnya, dengan cara mendekati dan memberi penerangan serta menjawab segala isu kepada golongan muda, ia dapat memastikan mereka ini yakin dengan keupayaan BN.
Warga Twitter marah, PRU ketika banjir
Bagaimanapun, di laman Twitter, rata-rata rakyat Malaysia mengecam tindakan Ismail Sabri yang membubarkan Parlimen ketika negara sedang memasuki musim monsun yang akan mengakibatkan bencana banjir.
Hal ini kerana, sejak semalam tular di media sosial beberapa kawasan terutamanya di negeri Selangor yang sudah dinaiki air.
Ini membuktikan tidak semua perkara yang dibahaskan di media sosial adalah penipuan sebaliknya suara rakyat yang diketepikan.
Masa MCO Masa banjir
— Dr. M🔺slin Sis 🇲🇾 (@BN4everTN5O) November 14, 2022
Muhyiddin PN : Ismail Sabri BN : pic.twitter.com/bPKdZplZ3Z
Macam mana agaknya nak mengundi kalau pusat mengundi bertindih dengan penempatan sementara untuk mangsa banjir? Masa isytihar PRU hari tu kau fikir guna otak ke kepala lutut ye @IsmailSabri60? https://t.co/cledwb8z2B
— Abah (@chairman_GLC) November 17, 2022
@DrZahidHamidi @IsmailSabri60 kau tengoklah sekarang kerakusan korang semua sebab nak kuasa punya pasal, hal rakyat tolak tepi.
— I.AM.WAN (@derwannn) November 17, 2022
Dah dijangka dah akan banjir, sibuk jugak nak PRU. pic.twitter.com/vxfstTl0ms