
“Tak Perlu Sebar Fitnah” – Tular Screenshot Perbualan Cuba Jatuhkan Tok Mat, KJ Akan Buat Laporan Polis
Menurut Khairy, beliau akan membuat laporan terhadap individu yang menyebarkan tangkap layar tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam, 16 November tular di media sosial satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang didakwa melibatkan Menteri Kesihatan sementara (caretaker), Khairy Jamaluddin bersama seorang pegawai bawahannya
Penularan tangkap layar tersebut kemudiannya menjadi bualan hangat di media sosial apabila ada pihak yang mendakwa ianya benar dan ada yang mengatakan ianya palsu.
KJ dakwa hantaran tersebut palsu
Enggan berdiam diri, Khairy menerusi satu ciapan balas di akaun Twitter rasminya mendakwa hantaran tersebut adalah palsu.
Menurutnya, perkongsian fitnah kotor sebegini tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak.
“Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah black ops, “source: trust me bro” macam ni,” tulisnya.
KJ akan ambil tindakan
Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh berkata, beliau akan membuat laporan terhadap penyebaran gambar palsu tersebut dan pihak yang menyebarkannya.
“Laporan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr. Bigger Balls ini.”
Fake. Tak perlu sebar fitnah black ops, “source: trust me bro” macam ni. Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr. Bigger balls ini.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 17, 2022
Tolak fitnah & politik kotor.
Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh #KJ4SB https://t.co/mn86ylNqd4
“Cara berpolitik yang jijik” – Netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sudah mula membenci dengan tindakan segelintir penyokong parti-parti politik yang seakan ketandusan modal dengan menabur fitnah demi menjatuhkan pihak lawan.



