fbpx
Now Reading
Tular Pelajar Sekolah Tunjuk Samseng Tumbuk Curi Dalam Tandas Raih Kecaman [Video]

Tular Pelajar Sekolah Tunjuk Samseng Tumbuk Curi Dalam Tandas Raih Kecaman [Video]

Berdasarkan video tersebut, salah seorang pelajar kelihatan secara tiba-tiba melepaskan tumbukan ke muka mangsa yang dikelilingi pelajar yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1593107604938850304?s=20&t=ZmY2xSaWh97Nm8W0f50yTw

Kejadian buli di kalangan pelajar sekolah bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia, malah sehingga hari ini kes sebegini masih berlaku.

Lebih parah, apabila ada mangsa buli yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat dipukul hingga akhirnya membawa kepada kematian.

Hari ini (17 November), tular pula satu video di media sosial yang memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menengah mengerumuni seorang lagi pelajar lain di dalam sebuah tandas.

Pelajar tumbuk curi dalam tandas

Menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @MALAYSIAVIRALL, kelihatan jelas pelajar tersebut secara tiba-tiba ditumbuk di bahagian pipi oleh salah seorang lagi pelajar lain.

Pelajar lelaki yang melepaskan tumbukan secara tiba-tiba itu kemudiannya beredar dari kawasan tersebut.

Mangsa tahan sakit selepas ditumbuk

Pada video sama, mangsa juga kelihatan seakan menahan sakit di pipinya selepas terkena tumbukan itu.

Difahamkan video tersebut yang diambil dari akaun TikTok bagaimanapun sudah dipadamkan.

Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lanjut yang diperolehi mengenai punca kejadian tersebut serta lokasi sekolah itu.

“Pukul curi paling lemah dan penakut sebenar” – Netizen

Menjengah di ruangan komen pula, kebanyakkan pengguna media sosial mengecam tindakan pelajar terbabit yang menumbuk mangsa secara tiba-tiba.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.