fbpx
Now Reading
“Harap Kat Atas Buka Mata” – Foto Pengundi Terjejas Banjir Gigih Turun Mengundi Undang Perhatian Ramai

“Harap Kat Atas Buka Mata” – Foto Pengundi Terjejas Banjir Gigih Turun Mengundi Undang Perhatian Ramai

Memetik Awani, keadaan di sana setakat ini bagaimanpun masih terkawal dan mengikut jadual meskipun beberapa pusat mengundi terpaksa dipindahkan selepas dinaiki air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi, jutaan rakyat Malaysia di seluruh negara sudah mula menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut statistik yang dikongsikan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), setakat jam 1 petang, 50% dari pengundi berdaftar sudah pun membuang undi di pusat undi masing-masing.

Namun di sebalik kemeriahan tersebut, tular di media sosial beberapa foto memperlihatkan pengundi-pengundi di beberapa kawasan antaranya di Limbang dan Kampung Long Bemang, Miri Sarawak yang sanggup meredah banjir menunaikan kewajipan mereka meskipun sedang berdepan bencana banijr.

Malah difahamkan insiden sama turut berlaku di SK.Long Panai, Kampung Long Panai.

Foto-foto berkenaan yang difahamkan dikutip dari pelbagai grup di media sosial dan portal berita ternyata menarik perhatian ramai yang prihatin dengan nasib mereka.

Memetik Awani, keadaan di sana setakat ini bagaimanpun masih terkawal dan mengikut jadual meskipun beberapa pusat mengundi terpaksa dipindahkan selepas dinaiki air.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak, Henderi Ardimansyah, maklumat yang diterima mendapati paras air menunjukkan trend penurunan setakat ini.

Menjengah ke ruangan balas, kebanyakan netizen yang tersentuh dengan situasi pengundi di sana meluahkan harapan agar para pemimpin lebih peka dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan demi menjaga kebajikan rakyat selepas ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.