fbpx
Now Reading
PRU15: Cuaca Buruk, SPR Gantung Pengundian Di Parlimen Baram

PRU15: Cuaca Buruk, SPR Gantung Pengundian Di Parlimen Baram

Menurut SPR, tarikh baharu pengundian bagi kawasan terlibat akan dimaklumkan kelak sebaik keadaan selamat untuk petugas dan pengundi bagi menjalankan pengundian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebentar tadi mengumuman penggantungan pengundian di 11 Pusat Mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram.

SPR menerusi satu kenyataan media berkata, keputusan itu diambil kerana keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui udara, darat, dan air.

Senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2)
  2. Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2)
  3. RH TK Matthew Belulok Lalo Kp.g Lep Gah (Saluran 2)
  4. Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2)
  5. Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 & 2)
  6. Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 & 2)
  7. Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1)
  8. Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 & 2)
  9. Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2)
  10. Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 & 2)
  11. Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 & 2)

Tambah kenyataan itu lagi, tarikh baharu pengundian bagi kawasan terlibat akan dimaklumkan kelak sebaik keadaan selamat untuk petugas dan pengundi bagi menjalankan pengundian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.