fbpx
Now Reading
PRU15: BN Sedia Ketepikan Perbezaan Sentimen Demi Melihat Sebuah Kerajaan Yang Stabil, Kata Zahid

PRU15: BN Sedia Ketepikan Perbezaan Sentimen Demi Melihat Sebuah Kerajaan Yang Stabil, Kata Zahid

Setakat artikel ini ditulis, BN hanya menang 29 kerusi dari 178 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Barisan Nasional (BN ) hari ini memaklumkan menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, gabungan itu menganggap bahawa keputusan PRU15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap mereka.

Sedia ketepikan sentimen sebelum ini

“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini.

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini.

Tambah Zahid yang juga Presiden UMNO itu lagi, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti mereka terutama sekali dalam menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu.

Setakat artikel ini ditulis, BN hanya menang 24 kerusi dari 178 kerusi parlimen yang ditandingi.

Artikel berkaitan : [Langsung] Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.