fbpx
Now Reading
Ini 4 Perkara Yang Boleh Dilakukan Dalam Menghadapi Kemelesetan Ekonomi
4 perkara yang boleh dilakukan untuk buat persediaan bagi kemelesetan ekonomi

Ini 4 Perkara Yang Boleh Dilakukan Dalam Menghadapi Kemelesetan Ekonomi

Masalah kemelesetan ekonomi merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan. Oleh itu, kita perlu membuat persediaan supaya dapat ‘survive’ dalam apa jua keadaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan rakyat di Malaysia ketika ini sedang menempuh detik mendebarkan kerana masih belum mengetahui parti politik yang manakah bakal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Meskipun ramai yang teruja menanti keputusan itu tetapi kita juga perlu ingat bahawa kita juga bakal berhadapan dengan masalah kemelesetan ekonomi yang sering membimbangkan masyarakat.

Ini kerana kemelesetan ekonomi yang berlaku mungkin akan menyebabkan ramai kehilangan kerja, mata wang semakin jatuh dan banyak lagi.

Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara boleh kita lakukan dalam mendepani kemelesetan ekonomi seperti yang dikongsikan oleh Nor Azam Budin yang juga seorang ‘trader’ menerusi bebenang di Twitter miliknya.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda.

#1 Ilmu dan kemahiran

Foto: Freepik

Sekiranya berkesempatan anda boleh mencari apa-apa kemahiran atau ilmu untuk meluaskan lagi peluang yang ada.

Kemahiran atau ilmu baru yang dimiliki juga secara tidak langsung dapat membantu anda untuk membuat pendapatan lebih.

#2 Jana pendapatan dalam mata wang Amerika Syarikat (USD)

Sekiranya anda berpeluang untuk mendapat pendapatan dalam mata wang USD tidak kiralah dalam bentuk affilliate, komisyen atau kerja itu adalah lebih baik.

Malah untuk mendapatkan pendapatan dalam mata wang itu tidaklah sukar sekiranya anda tahu bagaimana caranya.

Antara cara paling mudah dan popular pada zaman sekarang adalah dengan menggunakan TikTok Shop untuk mempromosikan produk dari orang lain

Rajinkan juga diri untuk sentiasa membuat konten/content untuk menambah pendapatan. Anda juga hanya perlu keluarkan modal untuk membeli sample produk, buat video dan promosikan.

Apa yang lebih penting adalah anda perlu menjadi seorang yang kreatif dan sertai kempen yang dimiliki oleh TikTok.

#3 Berniaga

Foto: Freepik

Tidak dinafikan mendapatkan pekerjaan bukanlah suatu perkara yang mudah terutama apabila anda juga perlu bersaing dengan puluhan ribu calon untuk mendapatkan perkerjaan yang dimahukan.

Oleh itu, anda juga boleh memulakan langkah kecil dengan berniaga dan belajar bagaimana untuk menjadikan perniagaan anda sebagai satu pekerjaan yang mampu memberi pendapatan lumayan kepada diri anda sendiri.

#4 Networking

Foto: Freepik

Mempunyai jaringan atau networking bersama dengan orang lain dapat membantu anda dalam banyak perkara selain membantu dari segi komunikasi dan juga membina kepercayaan orang lain terhdap diri anda.

Malah networking ini bukan hanya untuk perniagaan sahaja tetapi ia juga bagus untuk pekerjaan.

Dengan networking yang dimiliki anda mungkin dapat membuka lebih banyak lagi peluang kepada diri anda.

Oleh itu, rajin-rajinlah beramah mesra dan membuat kawan untuk meluaskan lagi rangkaian anda mana tahu dengan kemahiran yang dimiliki anda dapat buat perniagaan dari networking yang ada, siapa tahu bukan.

Jadi dengan senarai yang ada ni, bolehlah anda mula cari kemahiran dan ilmu apa yang boleh anda pelajari. Siapa tahu dengan ilmu baru itu anda berjaya membuat perniagaan dan menawarkan pekerjaan kepada orang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.