“M Nasir Dah Lama Tahu” – Netizen Buat Meme, Bahan Ahli-ahli Politik, Siap Kaitkan Dengan Lagu [Video]

Kebelakangan ini, isu mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia apabila tiada parti gabungan yang berjaya mendapat bilangan kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, Parlimen pada masa ini dibiarkan tergantung buat sementara waktu sehingga ada gabungan parti yang mempunyai majoriti yang mencukupi dan mendapat perkenan dari Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Baca artikel berkaitan: PRU15: Adakah Kerajaan Persekutuan Baharu Akan Diketahui Hari Ini?

Di media sosial pula, pelbagai cerita yang berkaitan dengan keadaan politik semasa terus dicanang rakyat Malaysia malah ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Seperti satu video yang tular di media sosial, yang mengaitkan lagu nyanyian Datuk M Nasir, ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ dengan situasi politik semasa negara hingga berjaya meraih perhatian orang ramai.

Lagu ‘Tanya sama itu hud hud’ sama dengan situasi politik

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @iffat_8121, lirik lagu berlandaskan hadis sahih itu dilihat mengena dan secara kebetulan ‘sesuai’ dengan jumlah kerusi yang dimenangi oleh beberapa parti politik pada PRU15 lalu.

“M.Nasir dah lama tahu. Dia siap buat lagu,” tulisnya di kapsyen.

Lagu dikaitkan dengan jumlah kerusi yang dimenangi

Berdasarkan video tersebut, lirik M Nasir yang berlandaskan hadis sahih [Riwayat Abu Daud dan Riwayat al Tirmizi) dikaitkan dengan kemenangan PN sebanyak 73 kerusi manakala angka 30 dikaitkan dengan jumlah kerusi yang dimenangi BN.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula disifatkan sebagai Algojo atau ‘killer’. Ini dipercayai selepas salah satu gabungan itu bersetuju mencalonkan pemimpin seteru utama mereka itu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Baca artikel berkaitan: PRU15: Pemimpin PH & BN Buat Rundingan Secara Tertutup Di Hotel Seri Pacific [Dikemaskini]

M Nasir atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Nasir bin Mohamad sememangnya terkenal dengan lirik-lirik lagu yang penuh dengan bahasa kiasan dan 1001 maksud tersirat.

Lirik lagu berlandas hadis

Untuk info, angka 73 yang dimaksudkan M Nasir di dalam lirik tersebut sebenarnya dipetik dari hadis sahih yang merujuk kepada 73 golongan dalam Islam di mana akhirnya hanya satu sahaja yang terselamat.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً

Maksudnya: “Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan. [Riwayat Abu Daud (4596)]

  • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

Maksudnya: “Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]

Manakala angka 30 dipercayai merujuk kepada karya Parsi mengenai pengembaraan sekawanan burung yang mencari Raja Burung yang dikenali sebagai Raja Simuraq.

Ada juga yang mendakwa angka ini sebenarnya ada kaitan dengan 30 wali abdal yang dikatakan sentiasa wujud di muka bumi meskipun perkara ini sukar dibuktikan.

Bagi Sang Algojo pula, ia dipercayai merujuk kepada ‘Malaikat Maut’ atau yang ditugaskan menamatkan riwayat manusia.

Lagu UMNO tapi video kucing

Di Facebook pula, tular video seekor kucing yang dilihat mengangguk-angguk kepalanya sambil mendengar lagu rasmi UMNO dinyanyikan.

Kucing berkenaan disamakan dengan penyokong parti DAP yang cuba menghayati lagu rasmi parti UMNO itu selepas timbul laporan yang mengatakan PH bakal bergabung dengan BN bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut ternyata menghiburkan pengguna media sosial yang saat ini masih memikirkan parti gabungan mana yang akan membentuk kerajaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

20 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

20 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

22 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

23 hours ago