fbpx
Now Reading
Muhyiddin Yakin Sokongan Ahli Parlimen Untuk Bentuk Kerajaan, Tak Langgar Akta Anti Lompat Parti
Muhyiddin maklum sokongan diterima tak langgar akta lompat parti

Muhyiddin Yakin Sokongan Ahli Parlimen Untuk Bentuk Kerajaan, Tak Langgar Akta Anti Lompat Parti

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sokongan yang diberikan itu tidak hanya dari parti BN sahaja tetapi termasuk GPS, GRS dan Bebas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah melabuhkan tirainya apabila ramai rakyat di negara ini telah keluar mengundi pada 19 November lalu.

Namun, hasil hasil dari keputusan undian masih belum berjaya untuk membentuk sebuah kerajaan di negara ini apabila Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai jumlah kerusi majoriti di Parlimen.

Oleh itu, terdapat beberapa andaian di mana PN akan menjadi kerajaan apabila mendapat sokongan daripada beberapa parti politik lain seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Bebas.

Sokongan diperoleh dari ahli parlimen tak menyalahi Akta Anti Lompat parti

Terbaharu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sokongan yang diterima dari parti politik terbabit untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri bagi membentuk kerajaan merupakan suatu perkara yang tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti.

Memetik laporan Kosmo, Muhyiddin menyatakan perkara itu tidak membuatkan mereka keluar parti kerana ia secara individu sebagai ahli parlimen malah daripada Bebas.

Dapat sokongan bukan dari BN sahaja, tetapi GPS, GRS & Bebas, maklum ia tak langgar peruntukkan akta

Jelasnya, sokongan yang diberikan itu bukanlah datang daripada BN sahaja tetapi turut melibatkan GPS, GRS dan juga Bebas.

“Kalau ikut perlembagaan menyatakan Ahli-Ahli Parlimen dan tidak kata daripada parti mana. Secara individu boleh, kumpulan dan parti mereka boleh.

“Itu hak ahli parlimen dan ini bersandarkan perlembagaan negara dan tidak melanggar peruntukkan akta tersebut pasal mereka tidak keluar parti tetapi secara individu Ahli Parlimen hatta Bebas menyatakan sokongan kepada saya. Jadi, tidak langgar Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Jelasnya demikian ketika mengulas sokongan yang didakwa dimilikinya daripada 20 ahli Parlimen BN yang menang dalam PRU15 untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Tak ada rundingan antara BN dan PN untuk bentuk kerajaan, Muhyiddin kata ia hanya tafsiran Zahid

Semasa ditanya berkenaan Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tentang kenyataannya yang memaklumkan tiada rundingan dilakukan oleh parti berkenaan dengan PN untuk membentuk kerajaan, Muhyiddin menjawab perkata tersebut hanyalah tafsiran dan pandangan dari pengerusi itu.

“Kalau perlembagaan negara kata seseorang yang ingin jadi Perdana Menteri mestilah mendapatkan kepercayaan daripada majoriti ahli parlimen dan kalau ikut istilahnya 112 kerusi.

“Tidak sebutkan datang dari parti A, B, C dan itu tafsiran zahid dan pandangan dia,” jelas Pengerusi PN itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.