fbpx
Now Reading
PN Kemuka Lebih 112 SD Ke Istana Sokong Muhyiddin Jadi PM

PN Kemuka Lebih 112 SD Ke Istana Sokong Muhyiddin Jadi PM

Perkara sama turut dikongiskan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Facebook.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Perikatan Nasional (PN) sebentar tadi memaklumkan sudah mengemukakan akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi satu kenyataan media berkata, jumlah SD yang dihantar adalah melebihi 112 iaitu jumlah minimum yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri baharu.

“Jumlah Surat Akuan (SD) yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat’ yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Perkara sama turut dibangkitkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Facebook

“Kami dah cukup. Kami dah hantar. Tunggu untuk diundang,” tulis beliau ringkas dipercayai merujuk kepada undangan dari Pihak Istana.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan untuk melanjutkan tempoh pencalonan Perdana Menteri dari hari ini ke Selasa petang jam 2 petang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.