fbpx
Now Reading
PRU15: ‘Rundingan Zahid Dengan PH Tidak Sah Dari Segi Perlembagaan Parti’- Onn Hafiz

PRU15: ‘Rundingan Zahid Dengan PH Tidak Sah Dari Segi Perlembagaan Parti’- Onn Hafiz

Menteri Besar Johor itu turut mengingatkan keputusan terakhir UMNO adalah tidak akan bekerjasama dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta meletakkan jawatannya setelah BN tewas pada PRU15 Sabtu lalu (19 November) dan bukannya berunding dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tindakan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berunding dengan PH bagi membentuk kerajaan campuran sebagai tidak sah.

Imej Zahid punca kekalahan teruk BN

“Sementara ahli UMNO menunggu tindakan berjiwa besar Ahmad Zahid untuk meletak jawatan dengan kadar yang segera, beliau sebaliknya, kalau betul sebagaimana yang dilaporkan media, sedang sibuk berunding dengan Pakatan Harapan, DAP.

“Ahmad Zahid telah mengetuai kita semua ke medan perang dan disebabkan imejnya, antara punca kekalahan teruk BN.

“Beliau tidak sepatutnya mewakili parti untuk berunding dengan mana-mana pihak tanpa persetujuan parti,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Zahid tak boleh bawa mandat parti tanpa persetujuan MKT UMNO dan MT BN

Menurut Hafiz yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor itu, Ahmad Zahid tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Majlis Tertinggi BN.

“Untuk pengetahuan, Presiden UMNO dan Pengerusi BN tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan daripada MKT UMNO dan Majlis Tertinggi BN.

“Oleh itu, sebarang keputusan yang dibuat oleh presiden parti tanpa proses ini adalah dikira tidak sah dari segi perlembagaan parti,” katanya lagi.

Terdahulu, Zahid berkata BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan campuran bersama Perikatan Nasional (PN).

Foto: Facebook/Barisan Nasional

Pimpinan tertinggi PH dan BN berjumpa di Hotel Seri Pacific

Namun, hari ini (21 November), tular di media sosial mengenai perjumpaan ‘rahsia’ di antara pimpinan tertinggi PH dan BN di Hotel Seri Pacific pada jam 10 pagi, namun perincian pertemuan itu enggan didedahkan.

UMNO tetap tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP

Pada masa sama, beliau juga mengingatkan keputusan terakhir UMNO adalah tidak akan bekerjasama dengan Pengurusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Keputusan terakhir UMNO adalah tidak akan bekerjasama dengan Dato Seri Anwar dan DAP. Marilah kita terus bermaruah dan berprinsip walaupun diuji dengan kekalahan. InsyaAllah ada hikmahnya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.