Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pejam celik sudah dua hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melabuhkan tirainya pada 19 November yang lepas.
Malah dalam PRU15 ini juga kita dapat melihat banyak nama-nama besar yang tumbang apabila kalah kepada pencabar mereka antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, Nurul Izzah Anwar, Maszlee Malik, Khairy Jamaluddin dan banyak lagi.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ramai yang terkejut dan bersedih apabila pemimpin yang mereka sayangi tidak lagi menjadi wakil di Parlimen.
Wanita sedih sebab KJ jalah
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @mimie_azmirra memaparkan aksi seorang wanita yang dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedih selepas mengetahui kekalahan Khairy Jamaluddin iaitu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.
Dia bahkan turut menangis apabila melihat konten-konten di media sosial yang berkaitan dengan bekas Menteri Kesihatan berkenaan.
Mintak KJ datang melawat di Hospital Sungai Buloh
Jelas Mimie, wanita di dalam video itu adalah sepupunya.
Mengakui berasa kasihan melihat keadaannya, Mimie meminta Khairy Jamaluddin untuk melawat sepupunya itu di Hospital Sungai Buloh demi memujuk wanita itu.
“Kesiannya sepupu saya Mien. Mohon Encik Khairy Jamaluddin datang Hospital Sungai Buloh untuk pujuk dia supaya tidak menangis lagi,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut bersedih dengan kekalahan yang menimpa Khairy dan menyifatkan mereka menangis kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berkredibiliti dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
“Kami nangis bukan sebab dia tall, dark and handsome tapi sebab dia memang boleh buat kerja…”
“Ramai sangat yang sedih KJ kalah bertanding…”
“Kak saya dah habis sedih pasal KJ ni sambung lagi…”