fbpx
Now Reading
Agong Cadang Tubuh Kerajaan Perpaduan Bersama PH, Tapi PN Tak Setuju – Muhyiddin [Video]

Agong Cadang Tubuh Kerajaan Perpaduan Bersama PH, Tapi PN Tak Setuju – Muhyiddin [Video]

Muhyiddin memaklumkan kepada Baginda yang PN enggan bekerjasama dengan PH dalam membentuk kerajaan perpaduan. Ini kerana perkara itu sudah menjadi prinsip gabungan itu sejak dulu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui petang tadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu pelantikan Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara.

Usai dari pertemuan tersebut, Anwar Ibrahim membuat satu sidang media mendedahkan belum ada pelantikan perdana menteri yang dibuat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perdana Menteri Interim? Anwar Ibrahim Sahkan Belum Dilantik, Bergurau Masih Ada Kekosongan Jawatan PM

Muhyiddin pula dilaporkan tidak memberi sebarang kenyataan sebaliknya hanya melambai kepada pengamal media sebelum berlalu pulang.

Terbaharu, Ahli Parlimen Pagoh itu tampil menerusi satu sidang media menjelaskan intipati perbincangannya semasa menghadap YDP Agong.

Menurut Muhyidddin, Baginda menitahkan supaya PN dan PH membentuk kerajaan perpaduan (unity goverment).

Namun beliau memaklumkan kepada Baginda yang PN enggan bekerjasama dengan PH dalam membentuk kerajaan perpaduan. Ini kerana perkara itu sudah menjadi prinsip gabungan itu sejak dulu.

“Kami sudah membincangkan perkara itu sejak awal lagi. Kami tidak akan bekerjasama dengan PH atas tujuan apa sekalipun. Kita tidak bersetuju,” kata Muhyiddin.

Sudah hantar 115 dokumen SD

Bekas perdana menteri itu turut memaklumkan sudah menghantar Akuan Bersumpah (SD) 115 Ahli Parlimen kepada Istana Negara secara dalam talian semalam (21 Nov), dan sudah diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada YDPA.

“Sebab itu, kami yakin kami dapat membentuk kerajaan tapi maklumlah bila saya menghadap tadi, dikatakan ini tidak cukup.

“Saya tidak tahu apakah sebab di sebalik itu tapi buktinya ada di sini,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, lewat petang ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.