
Dulu Lantang Enggan PH Bergabung Dengan UMNO, Rafizi Buat U-Turn?
Dahulu, Rafizi antara orang yang paling lantang bersuara serta membantah cadangan supaya PH bergabung dengan BN dan UMNO.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang terus mendiamkan diri mengenai cadangan penggabungan Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan campuran menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.
Hal ini susulan sejak semalam (21 November), tular di media sosial mengenai satu perjumpaan ‘rahsia’ di antara pimpinan tertinggi kedua-dua parti gabungan tersebut di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Baca artikel berkaitan: PRU15: Pemimpin PH & BN Buat Rundingan Secara Tertutup Di Hotel Seri Pacific [Dikemaskini]
Rafizi turut hadir di perjumpaan ‘rahsia’
Lebih mengejutkan, apabila kelihatan juga Rafizi serta beberapa pemimpin tertinggi PH yang turut berada di dalam gambar tular tersebut seakan sedang berbincang bersama pimpinan tertinggi BN.
Harapan Nasional is a go. #PRU15 #MalaysiaMemilih2022 pic.twitter.com/wjZVqE0AHd
— IamArelong❤️🇲🇾🇵🇸 (@iamarelong) November 21, 2022
Photos of the meeting between senior leaderships from Barisan Nasional and Pakatan Harapan. This is unprecedented.#SeriPacificShuffle #GE15 pic.twitter.com/dJj4kkeGYj
— Norman Goh (@imnormgoh) November 21, 2022
Rafizi akan tentang jika PH bekerjasama dengan UMNO
Manakan tidak, sebelum ini media melaporkan Ahli Parlimen Pandan itu antara orang yang paling lantang bersuara serta membantah cadangan supaya PH bergabung dengan BN dan UMNO.
Menurutnya, beliau akan menjadi orang pertama yang menentang kerjasama antara PH dan UMNO jika parti gabungannya itu gagal memperoleh majoriti mudah atau 112 kerusi Parlimen.
Baca artikel berkaitan: PRU15: Keputusan Penuh Undian Pilihan Raya Umum ke-15
Terdahulu, Rafizi dalam sidang mediannya juga menyatakan bahawa penyokong dan pengundi PH tak perlu bimbang kerana beliau tidak akan menerima jika berlaku rundingan antara kedua-dua parti untuk bergabung selepas PRU15.
Tapi sebelum ni PH ckp BN penyamun bang. Dan rafizi ckp dia org pertama akan tentang kalau nk gabung dgn BN. Sekarang apa sudah jadi?
— Lee Dong Jai (@encikginanzar) November 21, 2022
1 November 2022 – “I don’t take things sitting like a duck. I don’t keep quiet. If it happens I’ll be the first one to say [something] if there is any arrangement with UMNO” – @rafiziramli
— POLITICO 🇲🇾 (@PoliticoMy) November 21, 2022
21 November 2022 – 🤫🫠 pic.twitter.com/VrEQRWjHYw
You too @rafiziramli ?
— ايدي بن داود Eddy Daud (@eddydaud) November 21, 2022
Dissapointing is an understatement. pic.twitter.com/LaNByybTLo
Baca artikel berkaitan: