fbpx
Now Reading
KJ Tegaskan Rundingan Tubuh Kerajaan Tak Boleh Libatkan Zahid Kerana Hilang Keabsahan
Khairy Jamaluddin

KJ Tegaskan Rundingan Tubuh Kerajaan Tak Boleh Libatkan Zahid Kerana Hilang Keabsahan

Jelas KJ, Presiden UMNO itu tidak mempunyai keabsahan dan perlu berundur dalam kadar segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keadaan politik pada ketika ini agak mendebarkan orang ramai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Hal ini kerana, siapakah yang bakal menjadi perdana menteri ke-10 masih menjadi tanda tanya apabila Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) belum dapat menubuhkan kerajaan kerana kekurangan kerusi majoriti di Parlimen.

Oleh itu, pelbagai rundingan antara parti politik mula diadakan termasuklah Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menentukan gabungan parti yang manakah bakal mendapat kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan.

Rundingan kerajaan baharu tak boleh libatkan Zahid Hamidi

Perkara itu secara tidak langsung menarik perhatian Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menegaskan rundingan bagi menubuhkan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter, ini kerana Zahid tidak lagi mempunyai keabsahan moral sebagai Presiden UMNO dan perlu berundur dalam kadar segera.

“Beliau tidak lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera.

“Zahid mungkin seorang presiden di dalam jawatannya, tetapi tidak mempunyai moral mahupun kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak UMNO,” ciapnya.

Untuk maklumat, Khairy sebelum ini merupakan calon mewakili BN di Parlimen Sungai Buloh tetapi gagal memperoleh kerusi berkenaan apabila kalah dengan pencabarnya Datuk R. Ramanan dari PH pada PRU15 yang lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.