fbpx
Now Reading
Tiada Calon PM Dapat Majoriti Mudah, Agong Titah Muhyiddin & Anwar Menghadap Ke Istana Negara Petang Ini

Tiada Calon PM Dapat Majoriti Mudah, Agong Titah Muhyiddin & Anwar Menghadap Ke Istana Negara Petang Ini

Dua calon PM tersebut akan menghadap bertemu Seri Paduka Baginda pada pukul 4.30 petang ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Istana Negara sebentar tadi mengesahkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kenyataan ini dilihat merujuk kepada dua calon PM iaitu Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan agar pemimpin tertinggi PH dan juga PN itu untuk menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.

“Lanjutan daripada penerimaan pencalonan nama Perdana Menteri tersebut, proses pengesahan calon Perdana Menteri yang memperoleh kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kendatipun begitu, setelah dipersembahkan hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri, adalah didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.”

Agong minta rakyat bersabar dan terima keputusan rakyat

Terdahulu pada jam 2 petang, baginda memaklumkan pihaknya tidak boleh mendedahkan apa-apa info kepada media selagi tidak mempunyai SD daripada Ahli-ahli Parlimen.

“Saya tak boleh nak kata. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa sebab saya tidak tengok apa-apa lagi.

“Rakyat diminta bersabar dan terima keputusan rakyat, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan saya,” katanya kepada pemberita yang disiarkan secara langsung oleh Awani.

Mengulas sama ada upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan dibuat hari ini, baginda berkata, perkara itu akan diputuskan sebaik melihat kepada jumlah majoriti mudah yang akan dipersembahkan oleh parti.

Baginda dalam masa sama turut menasihatkan rakyat agar bertenang dan menyerahkan tugas untuk melantik Perdana Menteri kepada baginda.





View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.