Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Keadaan negara ketika ini agak mendebarkan apabila kerajaan masih lagi belum dapat dibentuk selepas Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat kerusi majoriti di Parlimen.
Oleh itu, pelbagai andaian yang mula dikeluarkan oleh orang ramai bahawa BN mungkin akan memberikan sokongan kepada PH selepas membuat rundingan bersama pemimpin-pemimpin parti itu di Hotel Seri Pacific, semalam (21 November).
Terbaharu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih popular dengan panggilan Tok Mat mencadangkan agar pihak PN dan PH bergabung untuk membentuk kerajaan agar mendapat jumlah kerusi yang lebih tinggi.
Beliau berkata, pihaknya menerima kekalahan apabila rakyat memutuskan untuk menolak BN dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membentuk kerajaan.
“BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab timbal balik kerajaan baru.
“Walau bagaimanapun, jika bantuan kami (BN) diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka,” tulisnya di dalam Facebook.
Minta jangan salahkan BN jika masih tak dapat bentuk kerajaan
Beliau turut meminta agar orang ramai tidak menyalahkan BN sekiranya kerajaan masih belum dapat dibentuk kerana ia adalah hasil dari proses demokratik, untuk memulangkan mandat rakyat.
“Kami (BN) hanya menghormati keputusan itu. Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua.”