fbpx
Now Reading
Arab Saudi Isytihar Cuti Umum 1 Hari Selepas Kalahkan Argentina Di Piala Dunia

Arab Saudi Isytihar Cuti Umum 1 Hari Selepas Kalahkan Argentina Di Piala Dunia

Cuti umum yang diberikan oleh Raja Salman itu tertakluk pada semua pekerja kerajaan, swasta dan juga pelajar di negara itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan cuti umum pada Rabu (23 November) susulan kemenangan 2-1 pasukan kebangsaan negara itu ketika menentang Argentina pada Piala Dunia 2022 di Qatar semalam.

Cuti umum untuk semua kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar

Menurut laporan Sinar Harian, cuti umum yang diberikan oleh Raja Salman itu tertakluk kepada semua pekerja kerajaan, sektor swasta dan kesemua pelajar di negara itu.

Arab Saudi yang menghuni tangga ke-51 itu berjaya melakarkan kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak apabila menewaskan juara dunia dua kali, Argentina yang turut terkenal dengan penyerang handalannya Lionel Messi.

Gol kemenangan berharga buat Arab Saudi itu dicipta hasil ledakan Saleh Al Shehri dan Salim Al Dawsari, manakala gol Argentina dijaringkan oleh Lionel Messi.

The Falcons akan bertemu Mexico Sabtu ini

Pasukan bola sepak Arab Saudi yang dikenali sebagai The Falcons itu akan menentang Mexico dalam aksi kedua kumpulan pada Sabtu ini (26 November).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.