fbpx
Now Reading
PM10: Agong Adakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Pada 24 November

PM10: Agong Adakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Pada 24 November

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis, 24 Jun berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan dan pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Proses ini juga adalah susulan dari sesi-sesi menghadap secara berasingan yang diadakan hari ini melibatkan wakil Barisan Nasional (BN) dan juga Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Tambah Ahmad Fadil, Agong turut menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

“Rakyat telahpun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka. Maka, terserah kepada Wakil Rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata.”

Mungkin berlangsung pada jam 10.30 pagi

Memetik laporan The Star, Mesyuarat Khas Raja-Raja itu akan berlangsung pada 10.30 pagi dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam.

Sumber Istana Negara turut memaklumkan pertemuan ini adalah penting.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menerusi sidang media memaklumkan Baginda ada memberi cadangan agar ditubuhkan satu kerajaaan perpaduan (unity goverment) melibatkan PH dan juga Perikatan Nasional (PN).

Perkara sama turut dikongsikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut kerana mendakwa sudah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak menyebut berapakah pecahan kabinet yang dicadangkan dan siapakah yang akan menjadi perdana menteri sekiranya Kerajaan Perpaduan dibentuk.

BACA ARTIKEL BERKAITAN :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.