fbpx
Now Reading
Selepas Temu Bual Panas, Cristiano Ronaldo Tinggalkan Manchester United Serta-merta

Selepas Temu Bual Panas, Cristiano Ronaldo Tinggalkan Manchester United Serta-merta

Bagaimanapun, Ronaldo berkata dia sentiasa menyayangi kelab tersebut dan peminatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kelab Manchester United (MU) mengesahkan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo akan meninggalkan kelab itu berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Berita Harian yang memetik Reuters, ini susulan kenyataan Ronaldo yang mendakwa dia berasa dikhianati setelah kembali ke kelab yang melonjakkan namanya sebelum ini.

Tinggalkan MU selepas capai persetujuan

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United selepas mencapai persetujuan dengan kelab dengan serta-merta.

“Kelab mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya sepanjang dua era di Old Trafford, meledak 145 gol dalam 346 penampilan serta mengucapkan selamat maju jaya buat dirinya dan keluarga pada masa depan.

“Semua orang di United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan di bawah Erik Ten Hag dan bekerjasama untuk meraih kejayaan di atas padang,” kata United.

Ronaldo enggan masuk sebagai pemain gantian

Terdahulu, pengurus MU, Ten Hag berkata Ronaldo enggan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Tottenham Hotspur dan penyerang itu meninggalkan padang sebelum tamat perlawanan.

Bagaimanapun Ronaldo mendakwa dia kesal dengan tindakan yang dilakukan olehnya itu kerana berasa tidak senang dengan Ten Hag.

Ronaldo sentiasa menyayangi kelab dan peminat

Sementara itu, menerusi satu ciapan di laman Twitter rasminya, Ronaldo berkata dia sentiasa menyayangi kelab dan peminat MU.

“Itu tidak akan berubah, bagaimanapun sudah tiba masanya untuk saya mencari cabaran baharu. Saya harap pasukan terus berjaya pada baki musim ini dan untuk masa depan,” kata Ronaldo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.