fbpx
Now Reading
Anthony Loke, Lim Guan Eng Mohon Maaf Kepada GPS Bagi Pihak Pemimpin DAP
DAP mohon maaf pada GPS

Anthony Loke, Lim Guan Eng Mohon Maaf Kepada GPS Bagi Pihak Pemimpin DAP

Anthony Loke dalam masa sama turut berharap agar pertemuan tersebut dapat membuka satu lembaran baharu demi negara yang lebih maju dan progresif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lima hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melabuhkan tirainya, teka-teka rakyat akhirnya terjawab apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Namun di sebalik pengumuman tersebut, kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook turut mencuri perhatian orang ramai.

Anthony Loke menerusi satu hantaran di Facebook milikya memaklumkan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di kediamannya di Kuching.

DAP mohon maaf jika ada keluarkan kenyataan menyinggung perasaan

Dalam pertemuan itu Loke turut memohon maaf secara terbuka sekiranya terdapat kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP hingga membuatkan kerajaan dan rakyat Sarawak tersinggung.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saya berharap pertemuan hari ini (24 November) akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Pertemuan itu turut disertai oleh Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Lim Guang Eng turut mohon maaf menerusi hantaran di Facebook

Dalam pada itu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menerusi satu hantaran di Facebook turut memohon maaf sekiranya ada membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan pemimpin dan kerajaan GPS tersebut.

“Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan GPS Sarawak. Masa depan negara mendahului segala-galanya.

“Kita sama-sama mengorak permulaan baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” tulisnya di dalam Facebook.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.