fbpx
Now Reading
Dakwaan Hishammuddin Bakal Jadi PM Jika BN Bekerjasama Dengan PN Tidak Benar

Dakwaan Hishammuddin Bakal Jadi PM Jika BN Bekerjasama Dengan PN Tidak Benar

Menurut Hishammuddin, beliau tidak terlibat dengan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (23 November), tular satu laporan yang mendakwa Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditawarkan jawatan Perdana Menteri sekirannya parti gabungan itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Hishammuddin tak terlibat dengan sebarang rundingan

Laporan tersebut bagaimanapun dinafikan Ahli Parlimen Sembrong itu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya, Hishammuddin berkata, perkara itu adalah tidak benar malah beliau tidak terlibat sama sekali dalam sebarang rundingan dengan mana-mana pihak.

“Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan. Saya tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan.”

Blog lapor PN Tawar Hishammuddin jadi PM

Sebelum ini, dua buah blog melaporkan Ahli Parlimen Sembrong itu ditawarkan jawatan Perdana Menteri jika BN dan PN membentuk kerajaan.

Menurut Sinar Harian yang memetik sumber, laporan itu sebenarnya telah disiarkan oleh dua buah laman blog yang mempunyai agenda tertentu

Hishamuddin mahu melindungi kepentingan parti

“Perjuangan Datuk Seri Hishammuddin amat jelas bahawa beliau mahu melindungi kepentingan dan masa depan parti.

“Jadi tindakan dua portal ini yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan tersebut adalah tidak benar,” katanya sumber kepada Sinar Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.