fbpx
Now Reading
Kisah Adik-Beradik Dihalau Dari Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak [Video]

Kisah Adik-Beradik Dihalau Dari Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak [Video]

Menurut wanita itu, apa yang lebih menyedihkan apabila mereka sekeluarga dihalau dari rumah tersebut di saat hari kelahiran kakak istimewanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apa yang lebih berharga setelah kehilangan orang yang tersayang? Pastinya kenangan bersama yang akan sentiasa segar diingatan bukan?

Sebolehnya, pasti kita ingin menyimpan barang kenangan bersama mereka yang sudah pergi atau duduk di tempat yang penuh kenangan dicipta bersama.

Dihalau dari rumah selepas ibu meninggal dunia

Namun lain pula yang terjadi buat seorang wanita ini apabila tular di media sosial dia dan adik-beradiknya dihalau daripada rumah yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah ibu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman TikTok akaun @mashidayu0, wanita tersebut menceritakan mengenai kisah sedih dirinya bersama adik-beradik yang diusir daripada rumah selepas enam tahun ibu tercinta dijemput Ilahi.

@mashidayu0

Dah nak masok semingu keluar dari rumah yg kami adik beradik membesar..harini baru ada kekuatan share dekt sini buat kenangan..dalam banyak adik2 yg teriak masa nak keluar.paling sedih tengok kakak istimewa saya ni teriak.walaunpon dia istimewa dia paham sangat yg tu hari terakhir dia tengok rumah tu..happy birthday kakak ku murni.doakan bisnes saya dimurahkan rezeki ya

♬ Sound untuk orang yang kuat – Syaz Wani

Dihalau di saat hari kelahiran kakak istimewa

Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga dihalau daripada rumah tersebut pada hari kelahiran seorang kakak mereka, Murni yang merupakan seorang wanita istimewa.

“Mak, kami adik beradik dah tak duduk di rumah tempat kita membesar pada hari kelahiran kakak istimewa ku.

“Macam mana 6 tahun Ayu jaga adik-adik lepas mak tak ada, macam tu Ayu akan jaga mereka macam nyawa Ayu mak. Ayu janji adik-adik tak akan merempat,” tulisnya.

Berjanji akan terus menjaga adik-beradiknya, tak akan biar mereka disakiti

Pada masa sama, wanita itu turut berjanji akan terus menggalas tanggungjawab menjaga adik-beradiknya serta tidak akan membiarkan mereka disakiti oleh sesiapa pun.

Difahamkan, wanita tersebut bersama keluarganya telah tinggal di rumah berkenaan sejak 26 tahun yang lalu.

Dihalau dari rumah oleh ‘saudara terdekat’ sendiri

Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu dan adik-beradiknya dihalau oleh seorang individu yang mempunyai talian persaudaraan dengan mereka.

Perkara itu didedahkan wanita ini menerusi satu lagi hantaran video berasingan di laman TikTok miliknya.

@mashidayu0

Replying to @user878740817948 masa ni 2 hari tak boleh tidoq sampai rasa macam nak beli pill tidoq.tapi skrg ni saya tak sedih dah!saya dah move on! Saya tak sedih pasal rumah saya sedih dengan sikap manusia sbb dia bukannya orang luar dengan kami tapii mashaallah.skrg ni saya rasa lapang sangat bila tau perangai2 orang yg rapat rupanya sebegini..

♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

“Saat ni saya ingat saya ada saudara tapi rupanya saya silap. Saya mengharap ada yang bela dan tengok keadaan kami, malangnya tak ada seorang pun. Semua orang nak tengok saya jatuh.”

“Sabar ya, ada hikmah tu.” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dan simpati melihat nasib yang harus dihadapi oleh wanita itu bersama adik-beradiknya.

Malah mereka turut meminta agar pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membantu keluarga ini Namun ditolak oleh wanita tersebut memandangkan dia masih mempunyai kudrat untuk mencari rezeki.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.