
Lelaki Dikecam Gigih Turun Kereta Semata Nak Ngorat, Minta Nombor Telefon Wanita [Video]
Orang ramai turut menasihatkan wanita diluar sana untuk tidak membuka tingkap sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak kiralah di mana pun kita berada, kita perlu mengamalkan sikap sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Perkara ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan diri memandangkan sekarang banyak kes seperti samun, curi dan pelbagai lagi yang boleh membahayakan nyawa.
Ramai kecam tindakan lelaki minta nombor di tengah jalan
Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan di Twitter oleh seorang individu yang memaparkan tindakan seorang lelaki meminta nombor telefon sehingga dikecam ramai.
Dalam video tersebut, kelihatan kenderaan yang dinaiki lelaki itu berhenti ketika lampu merah sebelum dia turun menuju ke kereta di hadapannya yang dipercayai dipandu oleh seorang wanita.
Dia lalu bertindak menyapa pemandu wanita tersebut kerana mahu mendapatkan nombor telefonnya.
“Jadi lelaki kena gentle bro, confident tu penting kalau (ada) rezeki dapat, tak pun kena reject,” katanya dalam video berkenaan.
Patut la perempuan rasa tak selamat, tengah jalan ketuk tingkap kereta awek mintak number. Eee pic.twitter.com/qsJ4LUuWUO
— Megs (@megsfranco) November 23, 2022
Pemandu turun tingkap dan berbual bahaya
Namun apa yang menarik perhatian apabila kenderaan itu kemudian menurunkan tingkapnya dan seperti berbual dengan lelaki itu sebelum segera menutupnya kembali.
Meninjau di ruangan balas ramai menyifatkan tindakan lelaki tersebut adalah bahaya dan menakutkan kerana terdapat banyak kes rompakan yang berlaku ketika di jalan raya.
Malah terdapat juga segelintir yang menasihatkan orang ramai khususnya wanita untuk tidak membuka tingkap mereka sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.
Walau bagaimanapun, hasil semakan kami video berkenaan telah dimuat naik di TikTok pada 7 November lalu namun mula menjadi tular apabila ia dimuat naik semula di Twitter.
Ya but mungkin gurl dalam kereta ingat jadi apa2 ke terlanggar ke apa
— D.W.apollo✨ (@shshmr03) November 24, 2022
Aku pernah kena macam ni, tengah duduk sorang dalam kereta main phone.. orang ketuk tingkap suruh turunkan tingkap, pastu tunjuk phone dia.. pastu aku terus start enjin, jalan. SUMPAH TAKUT YE, JANGAN BUAT TREND MACAM NI
— Liena ✨ (@noraxliena) November 24, 2022
Girlsss, ignore advice yg kata buka suku je. PLEASE JANGAN BUKA TINGKAP LANGSUNG!! Kalau orang ketuk tingkap aku macamni, memang aku takkan bukak.
— Z (@xzayrazeex) November 24, 2022
Ini bukan gentle. Ini geli, scary and mengganggu. Sorry. But please grow up. Tgh2 jln lak tu. Kalau apa2 jadi menyusahkan org lain lak. And girls, be careful. Anything can happen 🙏🏻
— 𝑷𝒌𝒂 (@pkaaaaa_) November 24, 2022